Utusan Borneo (Sarawak)

PPM hulur sumbangan bantu mangsa bencana

-

MIRI: Penjara Pusat Miri (PPM) tampil sebagai kumpulan pertama menghulur sumbangan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cabang Miri pada tahun baharu ini.

Sumbangan itu telah diserahkan oleh Pengarahny­a Penolong Komisioner Penjara (PKP) Kamarul Alam Taib kepada Setiausaha Kehormat PBSM Cabang Miri Tan Lay Yen pada satu majlis ringkas yang diadakan di bangunan PBSM Cabang Miri di sini petang semalam.

Terdahulu, menurut Inspektor Ahmad Aznu, sum- bangan berupa pakaian terpakai untuk orang dewasa dan kanak-kanak itu disumbangk­an kakitangan PPM.

“Sumbangan itu untuk membantu mangsa bencana dan nilainya tidak seberapa.

“Namun itu cukup untuk kami menunjuk rasa prihatin terhadap keperluan golongan kurang bernasib baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Borneo selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut.

Pada masa sama, Aznu turut berterima kasih kepada semua kakitangan yang sudi memberi derma.

Dalam pada itu, Tan juga mengucapka­n berbanyak terima kasih kepada PPM atas inisiatif dan kesudian menghulur sumbangan bagi membantu golongan memerlukan.

“Sumbangan ini akan kami sampaikan kepada mangsa bencana tidak kira di mana mereka berada,” ujarnya.

Hadir sama Penguasa Penjara Mahadzair Che Daud serta kakitangan PPM dan PBSM Cabang Miri yang lain.

 ??  ?? IKHLAS: Kamarul (depan, lima kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Tan sambil disaksikan kakitangan PPM dan PBSM Cabang Miri semalam.
IKHLAS: Kamarul (depan, lima kiri) menyampaik­an sumbangan kepada Tan sambil disaksikan kakitangan PPM dan PBSM Cabang Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia