Utusan Borneo (Sarawak)

Tagih baki tambang RM1, tiga lelaki dibelasah pemandu kereta sapu

-

SIBU: Gara-gara cuba menagih baki RM1, seorang lelaki Bangladesh dan dua rakan senegara dilanyak seorang pemandu kereta sapu.

Insiden itu berlaku Ahad lalu apabila seorang lelaki warga Bangladesh menggunaka­n khidmat kereta sapu untuk pergi ke satu kawasan di Pasai Siong dekat sini.

Semasa dalam perjalanan warga Bangladesh berkenaan dikenakan tambang RM4 untuk pergi ke destinasin­ya.

Apabila sampai di lokasi berkenaan, dia telah memberi RM10 kepada pemandu kereta sapu berusia 37 tahun itu, yang kemudianny­a memulangka­n wang kertas lima ringgit sebagai bakinya.

Lelaki Bangladesh tidak berpuas hati kerana tambangnya masih berbaki RM1 dan mendesak pemandu itu memulangka­n wangnya namun tidak diendahkan suspek.

Selepas warga Bangladesh itu keluar, dia dikatakan naik berang dan bertindak menghentak bonet kereta sapu tersebut dengan menggunaka­n tangan.

Marah dengan tindakan warga asing tersebut, pemandu itu terus membelasah­nya sehinga mengalami kecederaan di muka.

Lelaki Bangladesh itu kemudian menghubung­i dua rakan senegarany­a untuk meminta bantuan namun apabila mereka tiba di lokasi berkenaan keduadua rakannya itu turut dilanyak pemandu berkenaan.

Bertindak daripada insiden itu, ketiga-tiga warga asing itu membuat laporan polis terhadap pemandu kereta sapu berkenaan yang kemudian berjaya ditangkap polis.

Pemandu kereta sapu tersebut telah direman selama empat hari dan dibenar keluar semalam dengan ikat jamin polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia