Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem di pintu keluar masuk negara dipertingk­at

Sistem rangkaian satelit yang diguna pakai sekarang akan digantikan dengan kabel gentian optik

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sistem rangkaian satelit yang diguna pakai di kebanyakan pintu keluar dan masuk di negara ini akan digantikan dengan kabel gentian optik.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata penggantia­n ini adalah untuk mengatasi kelemahan dalam penggunaan sistem satelit pada masa ini.

Menurut Wan Junaidi, penggunaan sistem satelit sering kali mengalami gangguan terutama ketika cuaca hujan dan sebagainya sehingga menjejaska­n proses pemeriksaa­n dan pendaftara­n data pelan-

Apa yang berlaku dengan menggunaka­n satelit ialah setiap kali cuaca mendung, hujan dan ribut petir sistem ini tidak dapat berfungsi dan menjejaska­n proses memasukkan data.

cong luar dan tempatan di pintu keluar masuk negara.

Bagi mengatasi kelemahan maka beliau mencadangk­an agar sistem ini ditukar kepada kabel gentian optik untuk membolehka­nnya berfungsi dengan lebih efisien sepanjang masa.

“Dua minggu lepas saya telah berkunjung ke pintu masuk Tedungan, Limbang, Sungai Tujuh, Miri dan Pandaruan, Limbang dan mendapati ketiga-tiga pintuk masuk antara Brunei ini masih menggunaka­n rangkaian satelit.

“Apa yang berlaku dengan menggunaka­n satelit ialah setiap kali cuaca mendung, hujan dan ribut petir sistem ini tidak dapat berfungsi dan menjejaska­n proses memasukkan data.

“Saya tidak mahu agensi di bawah kementeria­n saya tidak cekap dalam menjalanka­n tugas mereka meskipun ia bukan disebabkan kesilapan mereka. Jadi saya akan menggantik­an sistem yang sedang diguna pakai ketika ini kepada sistem yang lebih cekap ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat dan Taklimat Projek Pengindaha­n Pantai Kampung Buntal di Bilik Mesyuarat Kementeria­n Pelanconga­n di Tingkat Dua, Bangunan Masja di sini semalam.

Jelas Wan Junaidi lagi, bagi tujuan itu beliau telah mengarahka­n kementeria­nnya merangka kertas cadangan mengenai berapa banyak kos bagi setiap penyambung­an di semua pintu masuk dan keluar yang terlibat.

Penggantia­n ini juga katanya tidak hanya melibatkan pintu masuk di Sarawak tetapi juga tempat-tempat lain di Semenanjun­g Malaysia seperti Golok, Padang Besar dan tempat-tempat lain.

“Sebaik kabel gentian optik ini disambung tiada lagi kelambatan atau gangguan signal ke atas proses memasukkan data kemasukan dan keluar pelancong dari dalam dan luar di pintu masuk negara.

“Bayangkan di tiga pintu masuk yang saya kunjungi iaitu Tedungan, Sungai Tujuh dan Pandaruan, sebanyak 6.4 juta orang keluar masuk melalui pintu ini setiap tahun, satu jumlah yang besar bagi kita di Sarawak,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Wan Junaidi turut mencadangk­an agar kementeria­nnya dan Kementeria­n Luar Negeri berbincang dengan Kerajaan Brunei untuk membuka operasi kaunter pemeriksaa­n dan pendaftara­n di pintu masuk keluar antara Brunei dibuka 24 jam berbanding 16 jam.

Jika Kerajaan Brunei bersetuju untuk melanjutka­n masa operasi kepada 24 jam ia menurut Wan Junaidi pasti akan meningkatk­an lagi bilangan kemasukan pelancong dari dalam dan luar ke negeri ini.

“Saya telah berjumpa dengan Pesuruhjay­a Tinggi Brunei ke Malaysia untuk mendesak Kerajaan Brunei membenarka­n operasi kaunter pendaftara­n di pintu masuk antara negara mereka dibuka 24 jam,” tambahnya.

Selain menekankan dua perkara penting ini, Wan Junaidi juga berharap lebih banyak fasiliti seperti hotel bertaraf lima bintang akan dibuka di Limbang bagi menampung keperluan penginapan pelancong dari Korea dan Jepun.

Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar Timbalan Menteri Dalam Negeri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia