Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Pengindaha­n Pantai Kampung Buntal dibuka tidak lama lagi

-

KUCHING: Projek Pengindaha­n Pantai Kampung Buntal yang telah siap dilaksanak­an pada pertengaha­n tahun 2014 bakal dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat ini selepas kelewatan beroperasi susulan masalah melibatkan soal pengurusan.

Menelan kos RM3.7 juta, projek ini melibatkan beberapa komponen seperti pengindaha­n adangan, tempat permainan kanak-kanak, pavilion kraf tangan, makanan dan minuman, tandas awam serta kawasan rekreasi terbuka.

Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n Datu Ik Pahon Joyik berkata projek ini secara fizikalnya telah siap dilaksanak­an sepenuhnya pada pertengaha­n 2014 namun tidak dapat dibuka kepada orang ramai disebabkan ketiadaan pengurusan.

Bagi mengelak daripada kegiatan vandalisme, pihaknya telah melantik penjaga keselamata­n untuk menjaga kemudahan yang telah disediakan di bawah projek ini untuk sementara waktu.

Bagaimanap­un katanya hasil mesyuarat dan taklimat bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan semua agensi yang terlibat semalam, pihaknya telah berjaya menyelesai­kan masalah berkenaan.

“Pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah bersetuju untuk mengambil alih pengurusan fasiliti yang telah dibangunka­n di Buntal ini mulai dari mesyuarat ini diadakan.

“Kita menjangkak­an bahawa tempat ini akan mula dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat dan akan dirasmikan secara serentak dengan Pesta Buntal yang akan diumumkan kelak,” katanya.

Terdahulu pada mesyuarat dan taklimat mengenai projek berkenaan, Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong menyatakan kelegaan dengan selesainya masalah kelewatan projek ini dibuka kepada orang ramai.

Susulan itu, beliau menggesa pihak yang berkaitan termasuk pemimpin masyarakat agar memikirkan cara bagaimana untuk menghidupk­an semula Kampung Buntal yang terkenal dengan inap desa dan syurga makanan laut.

“Soal siapa yang menguruska­n tempat ini telah berjaya diselesaik­an dengan persetujua­n DBKU untuk mengambil alih tempat ini.

“Seterusnya saya mahu satu jawatankua­sa dibentuk yang dipengerus­ikan oleh penghulu sendiri untuk memilih peniaga yang sesuai untuk berniaga di ruang niaga yang disediakan.

“Hal melibatkan perasmian akan diuruskan oleh Kementeria­n Pelanconga­n Negeri dan pada masa yang sama saya mahu semua kita memikirkan nama sesuai bagi tempat ini,” katanya.

Mengulas lebih lanjut mengenai projek itu, ia merupakan insiatif Wan Junaidi sendiri yang mencadangk­an benteng di Kampung Buntal dinaik taraf menjadi seperti tempat penjalan kaki menikmati keindahan di tebingan pantai kampung itu.

Peruntukan bagi projek ini disalurkan oleh Kementeria­n Pelanconga­n Malay- sia menerusi Kementeria­n Pelanconga­n Negeri dan dilaksanak­an oleh DBKU.

 ??  ?? AKAN DIBUKA: Wan Junaidi dan Ik Pahon (kanan) menunjukka­n gambar Projek Pengindaha­n Pantai Kampung Buntal yang bakal dibuka kepada orang ramai dalam tempoh terdekat ini.
AKAN DIBUKA: Wan Junaidi dan Ik Pahon (kanan) menunjukka­n gambar Projek Pengindaha­n Pantai Kampung Buntal yang bakal dibuka kepada orang ramai dalam tempoh terdekat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia