Utusan Borneo (Sarawak)

Prestasi Polis Marin S’wak memberangs­angkan

Catat peningkata­n jumlah tangkapan kes, nilai rampasan secara mendadak tahun lepas

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak mencatat peningkata­n jumlah tangkapan kes dan nilai rampasan secara mendadak pada tahun lepas.

Komanderny­a ACP Kalaichelv­an Nadarajan berkata, pada 2013 jumlah tangkapan adalah 131 kes dengan nilai rampasan berjumlah RM4.5 juta meningkat kepada 242 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM25 juta pada tahun lalu.

Beliau mendedahka­n jumlah dan nilai rampasan itu kebanyakan­nya disumbangk­an oleh kes jenayah melibatkan pembalakan haram iaitu 35 kes dan penyeludup­an minyak bersubsidi 10 kes.

“Statistik jumlah tangkapan kes dan nilai rampasan menunjukka­n satu peningkata­n yang ketara hasil usaha gigih yang kita jalankan pada tahun lepas.

“Jumlah nilai rampasan termasuk saman yang telah dikeluarka­n pada 2013 adalah sebanyak RM4.5 juta

Jumlah nilai rampasan termasuk saman yang telah dikeluarka­n pada 2013 adalah sebanyak RM4.5 juta meningkat kepada RM25 juta pada 2014 di mana kes utama yang menyumbang kepada peningkata­n ini adalah pembalakan haram dan penyeludup­an minyak

” bersubsidi. ACP Kalaichelv­an Nadarajan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak

meningkat kepada RM25 juta pada 2014 di mana kes utama yang menyumbang kepada peningkata­n ini adalah pembalakan haram dan penyeludup­an minyak bersubsidi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpuna­n Bulanan Polis Marin di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Marin Wilayah 5 Sarawak, Bintawa di sini semalam.

Selain itu, Kalaichelv­an memberitah­u, jumlah pemeriksaa­n vesel dan orang juga menunjukka­n peningkata­n.

“Pada 2013 kami telah memeriksa 756 vesel dan 21,512 orang di perairan Sarawak dan pada 2014 pula jumlah ini meningkat di mana kami telah memeriksa 1,921 vesel dan 41,984 orang semasa menjalanka­n operasi di setiap perairan di negeri ini,” jelasnya.

Justeru, beliau menggesa rakyat di negeri ini agar terus menyalurka­n maklumat berkaitan aktiviti jenayah di kawasan masing-masing khu- susnya pembalakan haram dan penyeludup­an minyak bersubsidi.

“Pembalakan haram ini juga merupakan fokus utama yang disarankan oleh kerajaan negeri yang perlu dibendung,” katanya.

Menurutnya, Polis Marin juga akan meneruskan pe- mantauan dan operasi secara berkesan untuk membantera­s sebarang aktiviti jenayah khususnya melibatkan perairan Sarawak.

 ??  ?? TAHNIAH: Kalaichelv­an (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada kakitangan awam Polis Marin yang telah berkhidmat dengan cemerlang.
TAHNIAH: Kalaichelv­an (kanan) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada kakitangan awam Polis Marin yang telah berkhidmat dengan cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia