Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan biasiswa APK untuk anak ahli PV-ATM dibuka

-

KUCHING: Permohonan biasiswa Anugerah Kecemerlan­gan Pendidikan ( APK) untuk anak- anak ahli Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) negeri kini dibuka.

Pengerusi PV- ATM Sarawak Spencer Birai berkata permohonan untuk APK Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) – Yayasan Warisan Perajurit (YWP) itu adalah terbuka kepada anak-anak ahli yang menjalani peperiksaa­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR) dan Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) tahun 2014.

“Permohonan kini dibuka kepada anak ahli veteran negeri dan tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Januari 2015.

“Kelayakan dan syarat permohonan bagi biasiswa untuk UPSR tahun 2014 adalah mereka hendaklah memperoleh­i 5A, 4A, 1B atau 4A 1C dan wajib mendapat salah satu keputusan A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu ( Pemahaman/ Penulisan),” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Tambah beliau, ia hanya untuk mereka yang telah menjadi ahli, yang juga dikenali Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM).

Sementara itu kepada pelajar PT3 2014, antara kelayakan pelajar hendaklah mendapat sekurang-kurangnya CGPA 50 mata dan ke atas.

Selain itu kadar anugerah yang layak dibayar bergantung kepada prestasi pelajar yang dinilai melalui Pentaksira­n Pusat (PP) iaitu berdasarka­n bilangan mata pelajaran yang berjaya diperolehi dengan Gred A.

“Kadar AKP LTAT-YWP berdasarka­n kadar semasa biasiswa YWP iaitu bagi mereka yang mendapat 11A, 10A dan 9A akan mendapat RM800, mereka yang mendapat 8A bakal menerima RM600, 7A (RM500) dan 6A (RM400).

“Selain itu pelajar wajib mendapat A sama ada dalam mata pelajaran Bahasa Melayu lisan atau bertulis bagi melayakkan pembayaran APK LTATYWP,” kata Spencer.

Sekiranya anak-anak ahli persatuan memenuhi syaratsyar­at berkenaan mereka boleh mengunjung­i pejabat persatuan di Tingkat 1, Bn 208, Bandar Baru Batu Kawa untuk mendapatka­n borang secara percuma.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Entinggang di talian 082-4566343 atau 0168350240 pada waktu pejabat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia