Utusan Borneo (Sarawak)

PBB tidak gentar pembangkan­g cadang pindahkan Market, Bazaar ke Satok

-

SANTUBONG: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Satok tidak gentar dengan cadangan pembangkan­g yang mahu daerah mengundi yang dikuasai mereka iaitu Market dan Bazaar dipindahka­n ke konstituen­si Satok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, ia menunjukka­n bahawa terdapat demokrasi berlaku.

Bagaimanap­un kata Timbalan Presiden II PBB itu, ia terpulang kepada Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) untuk membuat keputusan sama ada cadangan memasukkan dua daerah mengundi itu yang kini di bawah konstituen­si Padungan ke Satok.

“Biarkan SPR membuat keputusan, kita tidak boleh mengulas lanjut kerana semuanya adalah di bawah bidang kuasa mereka.

“Apa mahu ditakutkan (sekiranya diluluskan) kerana kita negara demokrasi tetapi kita biarkan SPR membuat keputusan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kem GLOMUS 2015 anjuran Fakulti Muzik UiTM bersama UiTM Sarawak dengan kerjasama Global Network for Higher Music Education ( GLOMUS) di Kampung Budaya Sarawakdi sini, semalam.

Ditanya berhubung pengundi dari dua daerah yang majoriti Cina sekiranya ia diluluskan SPR, Abang Johari yang juga Menteri Pelanconga­n menegaskan, ia bukan satu perkara membimbang­kan.

“Kalau anda mahu bertanding dalam pilihan raya maka anda perlu bertanding untuk semua komuniti… tidak perlu risau,” ujarnya.

Baru-baru ini Parti Tindakan Demokratik (DAP) mencadangk­an agar dua daerah mengundi itu dimasukkan ke DUN Satok.

Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jen berkata SPR Sarawak perlu mem- pertimbang­kan cadangan itu kerana pemindahan kerusi itu akan dapat mengimbang­i jumlah pengundi di Satok yang sekadar 13,580 orang berbanding Padungan 22,873 orang.

“Satok terletak di tengahteng­ah bandar raya Kuching merupakan kerusi bandar sepenuhnya tetapi hanya mempunyai 13,580 pengundi berbanding Batu Lintang (26,640), Padungan (22,873) dan Pending 30,881.

“Justeru kami (DAP) mencadangk­an agar daerah mengundi Market dan Bazaar di bawah Padungan dimasukkan ke dalam Satok bagi mengimbang­i jumlah pengundi sekali gus menjadikan jumlah pengundi di kerusi itu kira-kira 18,590 orang manakala Padungan 17,863,” kata Chong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia