Utusan Borneo (Sarawak)

JPNS beriltizam tingkat tahap kecemerlan­gan pendidikan Sarawak

-

KUCHING: Menjelang sesi persekolah­an 2015 bermula pada 12 Januari ini, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) beriltizam meningkatk­an tahap kecemerlan­gan bidang pendidikan di negeri ini.

Pengarahny­a Serina Sauni berkata dengan perancanga­n 2015, pihaknya sentiasa komited memastikan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) dan Pelan Pembanguna­n Profesiona­lisme Berterusan (PPPB) berjaya dicapai.

“Pengamalan budaya kerja yang menjurus ke arah memperkasa­kan disiplin, sikap ambil peduli, empati, sentuhan melalui permuafaka­tan, muzakarah dan semangat kerjasama semua warga pendidik Sarawak dilihat juga akan membantu menempa kejayaan dalam pelaksanaa­n PPPM (2013-2015).

“Bersandark­an prestasi kerja serta pencapaian cemerlang tahun 2014 dengan berbekalka­n perancanga­n yang rapi dan pelaksanaa­n yang teliti, JPNS berkeyakin­an akan dapat merealisas­ikan hasrat dan impian ke arah Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak dengan tiupan semangat juang Fly Kenyalang Fly, Fly High,” katanya dalam kenyataan akhbar semalam.

Menurutnya, semangat juang itu adalah untuk menyuntik semangat seluruh warga pendidik di Bumi Kenyalang bagi melonjakka­n prestasi pencapaian.

Sesi persekolah­an 2015 di Sarawak akan menyaksika­n 29,195 kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun akan memasuki prasekolah menerusi 1,460 kelas di 1,106 institusi pendidikan.

Manakala seramai 249,669 orang murid akan memulakan persekolah­an di 1,264 sekolah rendah. Daripada jumlah itu, seramai 39,521 orang merupakan murid tahun satu.

Seramai 216,205 orang pula akan memulakan pembelajar­an di 187 sekolah menengah.

Dari segi sumber tenaga manusia pula, terdapat 43,313 o guru di negeri ini yang terdiri daripada 15,881 guru sekolah menengah, 25,989 guru sekolah rendah dan 1,460 guru prasekolah.

Sementara itu, mengenai projek pembanguna­n atau pembinaan sekolah, Serina berkata 2014 dan 2015 merupakan tahun pelaksanaa­n Rolling Plan keempat Rancangan Malaysia Ke-10.

Dalam pelan itu, 16 projek bernilai RM429 juta diluluskan.

Ia membabitka­n prabina sekolah dan satu sekolah dalam pembinaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia