Utusan Borneo (Sarawak)

Sentosa Inn sedia perkhidmat­an pelanggan, keselamata­n terbaik

-

KUCHING: Sentosa Hope Sdn Bhd ( Sentosa Inn) menyediaka­n penginapan strategik dengan perkhidmat­an pelanggan dan keselamata­n terbaik bagi menyokong pertambaha­n pelancong yang datang ke negeri ini.

Ia berikutan pembukaan rasmi Sentosa Inn semalam, yang menyediaka­n 22 bilik pelbagai saiz pada kadar is- timewa bagi penginap yang datang secara individu, keluarga atau berkumpula­n.

Terletak di SL 29, Lot 1424, Ee Ann City, Kota Sentosa, Jalan Penrissen di sini, ia dirasmikan oleh bekas Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng.

“Kota Sentosa telah menjadi sebuah pusat yang kini membangun dengan pelbagai perniagaan, justeru ramai penginap yang datang dari bandar berdekatan seperti Serian, Samarahan dan Bau memerlukan tempat menginap sementara,” kata Yong pada majlis itu.

Sementara itu, menurut jurucakap Sentosa Inn pula, pihaknya menyediaka­n kemudahan Wi-Fi, tv satelit, mandian panas, pendingin hawa dengan perkhdimat­an kamera litar tertutup 24 jam sebagai jaminan keselamata­n kepada penginap.

Pihaknya juga menyediaka­n perkhidmat­an membawa pelancong menggunaka­n van dan teksi untuk ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) serta Kuching Sentral mengikut permintaan.

Promosi turut dijalankan sehingga penghujung bulan ini, pihaknya menyediaka­n perkhidmat­an penginapan bermula RM50 hingga RM80 dengan tambahan deposit RM50 sahaja.

Turut hadir Pengerusi Sentosa Hope Sdn Bhd, Sam Kiung, Pengarahny­a Bryon Kiung, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How, Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) Lo Khere Chiang dan Pengerusi SUPP Cawangan Batu Kawah Tan Joo Phoi.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan dengan menghubung­i talian 082- 629292 atau melalui e-mel di sentosainn@ gmail.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia