Utusan Borneo (Sarawak)

Bahasa Melayu kini semakin terpinggir: Adi

Penguasaan, penggunaan berdepan cabaran kompleks, persekitar­an ekonomi politik ‘tidak mesra bahasa Melayu’

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Penguasaan serta penggunaan bahasa Melayu kini berhadapan dengan cabaran yang kompleks selain berdepan dengan persekitar­an ekonomipol­itik yang ‘tidak mesra bahasa Melayu’.

Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia Datu Adi Badiozaman Tuah berkata, ia bukan sahaja berpunca daripada persekitar­an terbabit tetapi juga prasarana atau media sosial, sudah kurang mengutamak­an penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.

“Ramai yang mempunyai persepsi negatif bahawa bahasa kebangsaan ini bukan sahaja kurang nilai ekonominya dalam prasarana global tetapi kurang upayanya untuk

Ramai yang mempunyai persepsi negatif bahawa bahasa kebangsaan ini bukan sahaja kurang nilai ekonominya dalam prasarana global tetapi kurang

” upayanya untuk menjadi bahasa ilmu. Datu Adi Badiozaman Tuah Ahli Lembaga Pengelola DBP Malaysia

menjadi bahasa ilmu.

“Keadaan ini diparahkan lagi oleh beberapa amalan meminggirk­an bahasa kebangsaan dalam majlis atau urusan rasmi dan didukung oleh beberapa dasar serta pandangan politik yang tidak selari dengan Dasar Bahasa Kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpuna­n Bulanan DBP Sarawak yang dihadiri Pengarah DBP Cawangan Sarawak Dr Hazami Jahari di sini, semalam.

Tambah Adi, bahasa kebangsaan itu juga kini berhadapan dengan pengaruh kuat serta menyeluruh apabila bahasa asing jauh lebih kukuh kedudukann­ya sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabang­sa.

“Bahasa Inggeris sebagai contoh, adalah bahasa lebih banyak digunakan secara meluas dalam dunia dan urusan dagang antarabang­sa.

“Justeru nilai ekonomi tersebut semakin kukuh dan utuh,” katanya.

Beliau menegaskan, secara langsung bahasa kebangsaan, berhadapan dengan masalah yang bukan sahaja bersifat global tetapi juga setempat.

Dengan meluasnya pelaburan asing dalam negara dan dengan tertubuhny­a syarikat antarabang­sa di negara ini, penguasaan dan penggunaan bahasa asing seperti bahasa Inggeris diperlukan.

“Hal seperti ini sedikit sebanyak telah menghambat perkembang­an dan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor- sektor yang nilai ekonominya tinggi,” kata Adi.

Majlis itu semalam turut menyaksika­n beliau merasmikan kedai buku DBP.

Kedai baharu itu akan dibuka pada Februari dan waktu operasinya dari Isnin hingga Jumaat, pada Sabtu minggu pertama serta minggu ketiga setiap bulan dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

 ??  ?? RUJUKAN: Adi membelek buku yang terdapat di kedai buku yang baharu dilancarka­n semalam. Turut kelihatan Hazami (depan kiri).
RUJUKAN: Adi membelek buku yang terdapat di kedai buku yang baharu dilancarka­n semalam. Turut kelihatan Hazami (depan kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia