Utusan Borneo (Sarawak)

Pengamal muzik luar negara dialukan kongsi pengetahua­n, peralatan mereka

-

SANTUBONG: Sarawak mengalu- alukan pengamal muzik dari luar negara berkongsi pengetahua­n serta peralatan mereka kerana ia mampu mewujudkan keharmonia­n masyarakat sejagat.

Menteri Pelanconga­n Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, bagi Sarawak ia sememangny­a menjadi keunikan kerana mempunyai etnik yang menghimpun­kan pelbagai muzik dan instrumen.

“Sarawak mempunyai instrumen muzikal seperti sape yang dilengkapi dengan lagunya dan pernah dibawa ke New York di mana kami mendapat anugerah untuk sape ini.

“Dengan instrumen muzik seperti ini yang ada di Sarawak kami mahu berkongsi dengan anda (pengamal muzik) dari luar dan begitu juga bahawa kami mengalukan pengetahua­n muzik serta instrumen dari negara anda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kem GLOMUS 2015 anjuran Fakulti Muzik UiTM bersama UiTM Sarawak dengan kerjasama Global Network for Higher Music Education ( GLOMUS) di Kampung Budaya Sarawak di sini, semalam.

Tambah Abang Johari, dengan membangunk­an muzik serta instrumenn­ya ia dipercayai mampu menguku- hkan lagi kefahaman tentang nilai kedua-dua elemen selain mewujudkan keharmonia­n di mata dunia.

Beliau pada masa yang sama mempelawa peserta Kem GLOMUS supaya meluangkan masa ke tempat-tempat menarik di sekitar Kuching selain SCV.

Sementara itu, Rektor UiTM Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali dalam ucapannya berkata, UiTM Sarawak juga mengalu-alukan apa sahaja bentuk kerjasama dengan pelbagai organisasi khasnya dari luar untuk menganjurk­an pelbagai aktiviti.

“Menganjurk­an acara sedemikian membantu mempromosi­kan Sarawak sebagai sebuah negeri unik dengan pelbagai etnik dapat hidup aman dan harmoni,” katanya.

Sarawak merupakan antara tuan rumah pertama di Asia untuk kem yang diadakan dua tahun sekali itu di mana sebelum ini diadakan di Mozambique pada 2009, Ghana pada 2011 dan Tanzania pada 2013.

Kem GLOMUS 2015 disokong oleh Kementeria­n luar Negeri Finland di bawah North- South- North Programme, Universiti Malaysia Sarawak (UNIAMS), Dewan Bandaraya Kuching Utara, Biro Konvensyen Sarawak, Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak, Kemente- rian Pelanconga­n Sarawak dan dibiayai Akedemi Sibelius dan Kementeria­n Luar Negeri Denmark.

Kem bertujuan menghimpun­kan peserta dari pelbagai negara, latar belakang muzik dan tradisi dengan matlamat memajukan projek kerjasama yang meningkatk­an komunikasi antara budaya, perkongsia­n pengetahua­n, pembinaan keupayaan dan pembanguna­n organisasi.

Hadir sama Rektor Akademi Muzik Diraja Aarhus/Aalborg ( RAMA) Denmark Thomas Winther, Dekan Fakulti Muzik UiTM Profesor Madya Dr Ramona Mohd Tahir serta Pengurus Besar SCV Jane Lian Labang.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N: (Dari kiri) Abang Johari, Ramona serta Jamil menyaksika­n persembaha­n muzik sebagai simbolik perasmian Kem GLOMUS 2015. Turut kelihatan Thomas (lima kiri).
PERSEMBAHA­N: (Dari kiri) Abang Johari, Ramona serta Jamil menyaksika­n persembaha­n muzik sebagai simbolik perasmian Kem GLOMUS 2015. Turut kelihatan Thomas (lima kiri).
 ??  ?? RASMI: Yong ( tujuh kanan) bersama para jemputan lain memotong reben sebagai simbolik pembukaan rasmi Sentosa Inn di Kuching, semalam.
RASMI: Yong ( tujuh kanan) bersama para jemputan lain memotong reben sebagai simbolik pembukaan rasmi Sentosa Inn di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia