Utusan Borneo (Sarawak)

Masalah jalan rumah panjang akan selesai

Jalan ladang, rumah panjang termasuk jambatan diselengga­ra syarikat perladanga­n

- Oleh Watt Zacchaeus

Saya berbincang dengan pihak syarikat perladanga­n kelapa sawit dan mereka memberi maklum balas akan memperbaik­i serta menaik tarafnya dengan

“secepat mungkin.

KANOWIT: Masalah serta kesulitan yang dialami penduduk di lima rumah panjang di kawasan Machan akibat masalah jalan akan selesai secepat mungkin, kata Pegawai Daerah Kanowit Katis Noel Nyabong.

Bagaimanap­un tegasnya, jalan ladang sawit menghubung­kan lima rumah panjang termasuk sebuah jambatan merentasi Sungai Maong itu akan diselengga­ra oleh Kelimut Boustead Pelita Sdn Bhd.

“Saya berbincang dengan pihak syarikat perladanga­n kelapa sawit dan mereka memberi maklum balas akan memperbaik­i serta menaik tarafnya dengan secepat mungkin.

“Ini kerana jalan dan jambatan di situ adalah di bawah bidang kuasa mereka, bukannya kerajaan.

“Justeru, mereka bertanggun­gjawab terhadap masalah itu,” katanya semasa dihubungi, semalam.

Terdahulu, pada petang kelmarin (Khamis) Katis sambil ditemani Pengurus Ladang Kelimut Boustead Pelita Sdn Bhd Awang Suhaidi Awang Daud, Pemanca Spencer Kudang, Penghulu Lawrence Melaka serta Pegawai Penerangan Daerah Kanowit Wan Mohd Zuki Wan Ismail turun padang meninjau keadaan jalan sawit termasuk jambatan di situ.

Selain itu, rombongan yang diketuai Katis turut berjumpa dengan penduduk terlibat bagi mengetahui dengan lebih lanjut berhubung masalah terbabit.

Katis Noel Nyabong Pegawai Daerah Kanowit

Lima rumah panjang yang menggunaka­n jalan sawit terbabit ialah Rumah Jonathan Gangga, Rumah Dim Mapang, Rumah Untol, Rumah Melaka Gana dan Rumah Shamsuddin Sumpeng yang terletak di kawasan ladang kelapa sawit.

Rabu lepas, akhbar ini melaporkan mengenai jalan yang menghubung­kan kelima- lima rumah panjang yang telah diutarakan oleh penduduk di situ sejak 2002.

Ini termasuk keadaan jalan berlopak serta ber- lubang termasuk jambatan Sungai Maong yang didakwa uzur.

Dalam laporan itu menyebut, jalan terbabit hanya dapat dilalui kereta pacuan empat roda dan ia licin serta becak lebih-lebih lagi pada musim hujan.

“Seperti laporan akhbar sebelum ini, jalan serta jambatan ini amat perlu diselengga­rakan dan diperbaiki bagi keperluan penduduk di kawasan tersebut.

“Saya berharap pihak syarikat ladang kelapa sawit ini akan segera mengatasi ma- salah di sini demi keselesaan penduduk,” tambahnya.

Beliau memberitah­u, jalan yang menghubung­kan kelima-lima buah rumah panjang itu merupakan jalan yang dibina syarikat perladanga­n kelapa sawit untuk orang awam dan bukannya pihak kerajaan.

“Apa-apa masalah di sini, ia menjadi tanggungja­wab pihak syarikat perladanga­n kelapa sawit.

“Ini kerana kelima-lima rumah panjang itu terletak dalam kawasan ladang kelapa sawit.

“Diharap apa-apa masalah akan datang, penduduk di situ bolehlah berjumpa dengan syarikat perladanga­n kelapa sawit tersebut,” tegasnya.

 ??  ?? SELESAI MASALAH: Katis (tengah) serta yang lain ketika bertemu dengan penduduk di Machan, petang kelmarin.
SELESAI MASALAH: Katis (tengah) serta yang lain ketika bertemu dengan penduduk di Machan, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia