Utusan Borneo (Sarawak)

JKR diminta bina papan amaran jalan dalam proses pembinaan

-

SIBU: Jabatan Kerja Raya ( JKR) dan kontraktor terlibat dalam kerja pembinaan laluan memotong di Batu 26, Jalan Oya diminta menyedia papan tanda mencukupi bagi memaklumka­n pengguna berhubung kerja pembinaan yang sedang dijalankan.

Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kanowit George Chen berkata, papan tanda itu tidak mencukupi dan ia boleh mendatangk­an bahaya kepada pengguna terutama pada waktu malam dan ketika hujan.

“Saya ada menerima aduan dan pergi sendiri ke kawasan pembinaan pada malam Rabu lepas dan mendapati lampu amaran dipasang di kawasan pembinaan juga tidak mencukupi,” katanya kepada pemberita kelmarin.

Chen menjelaska­n, selain itu papan tanda bagi memaklumka­n pengguna mengenai wujudnya pembinaan laluan memotong juga tidak mencukupi.

Katanya keadaan jalan di situ juga agak licin selepas hujan dan menasihati pengguna supaya berhati- hati.

Oleh itu, beliau menggesa JKR dan kontraktor terlibat agar memperbaik­i keadaan di situ sebelum ada yang cedera atau berlakunya kemalangan.

“Kita juga menggesa JKR agar menyiasat sama ada kontraktor terbabit mematuhi jadual kontrak atau sebaliknya,” jelasnya sambil menambah keadaan sama turut berlaku di kawasan pembinaan laluan memotong berdekatan Selangau.

Chen memberitah­u bahawa beliau pernah menyuaraka­n masalah itu beberapa bulan lepas tetapi sehingga kini tiada tindakan daripada pihak berkenaan bagi memperbaik­i keadaan.

Beliau turut menggesa syarikat yang membaiki serta menyelengg­ara lebuh raya Pan Borneo agar memberi perhatian terhadap keadaan jalan yang rosak akibat musim hujan.

“Kita mahu menteri kerja raya dan menteri pengangkut­an memandang serius perkara ini,” tegas Chen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia