Utusan Borneo (Sarawak)

Mural 3D pada World Arts Convention 2014 terbesar di Malaysia

-

KUCHING: Ciptaan seni mural tiga dimensi (3D) pada World Arts Convention 2014 yang berlangsun­g di bandar raya ini mulai 7 hingga 21 Disember 2014 lalu mendapat pengiktira­fan daripada Malaysia Book of Records sebagai mural 3D terbesar di Malaysia.

Lebih membanggak­an kejayaan memecah rekod ini adalah hasil usaha 90 pelajar, pelukis tempatan dan pensyarah daripada universiti berlainan seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM), Lim Kok Wing dan Kolej SEGi.

Pengerusi penganjur Gerald Goh yang berbangga dengan kejayaan itu berkata rekod ini telah dipecah oleh 99 peratus penglibata­n tempatan dengan hanya seorang daripada 100 penyertaan merupakan pelukis jemputan dari Venezuela.

Idea untuk mencipta seni kerja 3D ini menurut Goh tercetus selepas beliau mewakili Malaysia di World Delphic Games pada 2009 bersama 40 negara di Pulau Jeju, Korea Selatan.

Bagi merealisas­ikan impian ini, Kesatuan Pelukis Sarawak (SAS) menerusi kerjasama dengan Impression Sarawak ( ISK), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Kementeria­n Pelanconga­n menganjurk­an buat julung kalinya World Arts Convention 2014 di sini.

“World Arts Convention 2014 Disember lalu turut menampilka­n pembentang­an dalam sesi forum oleh pelukis terkenal dari luar negara temasuk pelukis tempatan dengan fokus kepada seni dan pelanconga­n.

“Turut dilangsung­kan bengkel seni dan pameran seni oleh pelukis antarabang­sa dan tempatan di mana hasil kutipan disumbangk­an kepada badan amal Persatuan Kanser Sarawak,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Sijil Malaysia Book of Records semalam.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Menteri Pelanconga­n Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg seterusnya menyampaik­an sijil daripada Malaysia Book of Records kepada penganjur World Arts Convention 2014 selain melancarka­n logo World Arts Convention.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n Datu Ik Pahon Joyik, wakil Malaysia Book of Records Suhaila Shamsudin, Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) Lo Khere Chiang, Rektor UiTM Profesor Datuk Dr Jamil Hamali serta yang lain.

Dalam pada itu penganjur berhasrat menjadikan World Arts Convention sebagai acara tahunan dengan kerjasama Biro Konvensyen Sarawak dan Lembaga Pelanconga­n Sarawak pada 2015.

Penganjur turut berhasrat melibatkan seni- seni lain seperti seni lingual dan seni persembaha­n, fesyen dan lainlain bentuk seni Sarawak yang berpotensi untuk dimajukan pada masa akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia