Utusan Borneo (Sarawak)

Bina sistem perparitan elak banjir kilat

Agensi berkaitan termasuk pemaju dan kontraktor diarah bina perparitan sementara

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Agensi berkaitan termasuk pemaju dan kontraktor diarah menyegerak­an kerja pembinaan sistem perparitan sementara dalam usaha mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku di bahagian ini.

Penyegeraa­n pembinaan sistem perparitan itu penting bagi memudahkan pengaliran keluar air sekiranya hujan lebat turun terutama di sepanjang Jalan Sebiew.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pemaju dan kontraktor terlibat dalam kerja pembanguna­n di kawasan itu turut diminta memberi kerjasama agar dapat membersih sistem perparitan di kawasan mereka supaya aliran air tidak terhalang.

Selain itu Tiong turut menjelaska­n mengenai kerja mendalamka­n Sungai Sebiew yang giat dijalankan secara berperingk­at-peringkat pada

Kita meminta peruntukan RM20 juta dalam persidanga­n Parlimen baru-baru ini untuk tujuan mendalamka­n sungai

” tersebut. Datuk Seri Tiong King Sing Ahli Parlimen Bintulu

masa sekarang.

Namun beliau berharap kerajaan memberi perhatian serius terhadap usaha dilakukan itu dengan menyalur peruntukan untuk tujuan tersebut.

“Kita meminta peruntukan RM20 juta dalam persidanga­n Parlimen baru-baru ini untuk tujuan mendalamka­n sungai tersebut.

“Kemungkina­n kita tidak mendapat sebanyak jumlah itu tahun ini namun kita berharap kerajaan dapat memberi setakat yang termampu terlebih dahulu.

“Kita buat apa yang dapat dibuat terutama untuk ba- hagian penting di sungai itu termasuk memperdala­mkan Sungai Kemena khususnya di muara,” katanya pada sidang media selepas bermesyuar­at dengan agensi kerajaan, pemaju dan kontraktor.

Mesyuarat itu dipengerus­i Residen Bahagian Bintulu Muhamad Yakup Kari yang membincang­kan penyelesai­an masalah banjir kilat di sepanjang Sungai Sebiew dan beberapa tempat di Bintulu di Wisma Residen semalam.

Jelasnya, kerja mendalamka­n beberapa bahagian Sungai Sebiew telah dibuat melalui peruntukan yang diterima sebelum ini.

Bagi memastikan masalah banjir kilat ditangani sebaiknya, Tiong menggesa agensi berkaitan menjalanka­n kajian menyeluruh dengan segera dalam usaha mendapatka­n peruntukan daripada kementeria­n berkaitan.

Sementara itu, Muhamad Yakup berkata pihaknya akan memindahka­n beberapa setinggan yang dirasa terlibat dengan kerja-kerja pembersiha­n sungai kecil di kawasan itu.

“Ini bukan masa menuding jari mengenai tujuan kita mengeluar mereka tetapi ini atas sebab keperluan menangani banjir kilat. Tindakan itu akan diambil oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS),” tambahnya.

Justeru beliau berharap orang awam memahami dan meminta kerjasama beberapa pemilik rumah di tebing Sungai Sebiew supaya berpindah memandangk­an kerja berkaitan perlu dilakukan dengan sesegera yang mungkin.

 ??  ?? BINCANG: Tiong (tiga kanan) dan Muhamad Yakup (duduk kanan) berbincang sesuatu bersama kontraktor serta agensi terlibat mengenai kerja pembersiha­n sistem perparitan yang perlu dibuat termasuk kerja mendalamka­n Sungai Sebiew semasa mesyuarat di Wisma...
BINCANG: Tiong (tiga kanan) dan Muhamad Yakup (duduk kanan) berbincang sesuatu bersama kontraktor serta agensi terlibat mengenai kerja pembersiha­n sistem perparitan yang perlu dibuat termasuk kerja mendalamka­n Sungai Sebiew semasa mesyuarat di Wisma...
 ??  ?? BANTUAN: Abdullah pada Program Penyerahan Bantuan Beg Sekolah Yayasan Rakyat 1Malaysia kepada wakil lapan buah sekolah dari kawasan utara Pulau Bruit.
BANTUAN: Abdullah pada Program Penyerahan Bantuan Beg Sekolah Yayasan Rakyat 1Malaysia kepada wakil lapan buah sekolah dari kawasan utara Pulau Bruit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia