Utusan Borneo (Sarawak)

BIS bantu tingkatkan pendidikan di Bintulu

-

BINTULU: Pembukaan Bintulu Internatio­nal School (BIS) di Kidurong Sentral membantu meningkatk­an tahap pendidikan di sini di samping memberi pilihan sama ada sekolah aliran kebangsaan atau antarabang­sa menggunaka­n bahasa Inggeris.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata sebagai sebuah bahagian pesat membangun dalam pelbagai sektor khususnya perindustr­ian sudah pasti Bintulu menjadi tumpuan atau rumah kedua bagi golongan profesiona­l dan eksekutif muda mencari sekolah atau pusat pendidikan bertaraf antarabang­sa.

“Pembukaan BIS boleh dikatakan tepat pada masanya tatkala projek pembanguna­n di Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) di- laksanakan di negeri ini yang sudah pasti permintaan terhadap sekolah-sekolah ini bertambah selain sekolah aliran kebangsaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) Priharta Developmen­t Sdn Bhd dan ELC Internatio­nal Sdn Bhd serta BIS (Sarawak) Management Sdn Bhd dan Menawan Megah Sdn Bhd di sini semalam.

Jelasnya, Bintulu bakal menjadi bandar maju pada 2010 yang mana SCORE sahaja dijangka menawarkan pelbagai peluang pekerjaan buat golongan profesiona­l dalam bidang teknikal.

“Justeru, dengan pertambaha­n penduduk di sini pasti akan memerlukan pelbagai khidmat profesiona­l serta bertaraf antarabang­sa dan bakal diberi perhatian utama sektor pendidikan,” ujarnya.

Dalam pada itu, pembukaan BIS di lokasi strategik di kawasan Kidurong Sentral merupakan cawangan kelima di negara ini selepas Sungai Buloh, Cyberjaya, Miri dan Sibu.

Fatimah turut mengadakan lawatan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK) Perpikat Bintulu dan mengadakan mesyuarat tertutup dengan pengurusan di pusat jagaan kanak-kanak itu.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PWP Properties (EM) Sdn Bhd Datuk Seri Charles Voon Jan Poh, Pengarah Pembanguna­n Perniagaan ( Perunding Kanan) PWP Properties (S) Sdn Bhd Annie Bong, Pengurus Besar Vital Focus Developmen­t Sdn Bhd Kelvin Chia Kah Leong dan Ketua Pegawai Eksekutif VF Capital Sdn Bhd Chia Kah Pheng.

 ??  ?? PENDIDIKAN: Fatimah (duduk tengah) bersama wakil BIS, Priharta Developmen­t dan ELC Internatio­nal Sdn Bhd sejurus selesainya acara menandatan­gani MoU di Bintulu semalam.
PENDIDIKAN: Fatimah (duduk tengah) bersama wakil BIS, Priharta Developmen­t dan ELC Internatio­nal Sdn Bhd sejurus selesainya acara menandatan­gani MoU di Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia