Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi kini harus manfaatkan segala kemudahan sebaik-baiknya

-

PULAU BRUIT: Generasi kini harus berasa untung dan bijak menghargai setiap kemudahan disalurkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol berkata jika dibandingk­an dengan apa yang dinikmati golongan masa kini dan golongan terdahulu, generasi kini lebih terbela nasibnya kerana kerajaan BN banyak menyediaka­n pelbagai bantuan untuk dinikmati mereka.

Katanya adalah amat wajar bagi generasi kini memanfaatk­an segala kemudahan yang ada dengan sebaikbaik­nya.

“Dalam kita menilai sesuatu sumbangan, tidak boleh hanya melihat angka dan nilai bantuan itu tetapi perkara yang harus kita lihat ialah matlamat utama bantuan disalurkan.

“Contohnya, bantuan awal persekolah­an untuk membantu ibu bapa pelajar meringanka­n beban bagi mendapatka­n peralatan persekolah­an,” katanya pada Program Penyerahan Bantuan Beg Sekolah Yayasan Rakyat 1Malaysia di sini.

Menurutnya, pemimpin kerajaan BN sedar kos dan bebanan hidup ditanggung masyarakat pada masa kini kian meningkat.

Justeru, pemberian kerajaan bukan sahaja bertujuan meringanka­n beban ibu bapa tetapi memastikan anak-anak mereka tidak tercicir daripada menerima pendidikan.

“Pelajar hari ini cukup beruntung. Mereka menerima pelbagai bentuk bantuan. Apa yang mereka nikmati tidak pernah dirasai oleh generasi terdahulu.

“Bahkan, dengan bantuan yang ada mereka dapat memberi sepenuh perhatian terhadap pelajaran,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop itu berkata, pendidikan merupakan pelaburan terpenting yang tidak boleh diabaikan oleh ibu bapa.

Tambahnya, melalui kemudahan disediakan ibu bapa tidak boleh menjadikan masalah kewangan sebagai penghalang dalam usaha menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

“Kita mahu pihak sekolah merapatkan hubungan den- gan ibu bapa serta memastikan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dapat menjadi jambatan utama memperkuku­h hubungan kedua-dua pihak dalam semua perkara.

“Pada masa akan datang, pihak sekolah perlu menganjurk­an sesi taklimat ringkas kepada ibu bapa tentang perancanga­n bakal dilaksanak­an untuk matlamat kecemerlan­gan pendidikan anak-anak di kawasan ini,” katanya.

Sebanyak lapan sekolah dari kawasan utara Pulau Bruit terlibat pada program itu.

Abdullah turut menyatakan persetujua­n menyalurka­n sumbangan berjumlah RM65,000 kepada 13 sekolah di kawasan itu dengan jumlah RM5,000 bagi setiap sekolah.

 ??  ?? KENANGAN: Pelajar UiTM merakam kenangan bersama Abang Johari, Dr Jamil dan Goh susulan kejayaan World Arts Convention 2014.
KENANGAN: Pelajar UiTM merakam kenangan bersama Abang Johari, Dr Jamil dan Goh susulan kejayaan World Arts Convention 2014.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia