Utusan Borneo (Sarawak)

Kemuka petisyen jika tidak setuju persempada­nan

Penambahan kerusi belum diputus SPR, tempohnya 30 hari dari tarikh penyiaran notis (5 Jan-4 Feb)

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Rakyat boleh mengemukak­an petisyen sekiranya tidak bersetuju dengan persempada­nan semula dan penambahan bahagian dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, cadangan penambahan 11 daripada 71 bahagian menjadi 82 belum diputuskan oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dan tempohnya adalah 30 hari dari tarikh penyiaran notis (mulai 5 Januari hingga 4 Februari).

Justeru katanya, rakyat boleh mengemuka petisyen kepada SPR sama ada bersetuju atau tidak dengan cadangan berkenaan.

“Tetapi mereka yang ingin mengemukak­an petisyen, jumlahnya adalah tidak kurang 100 orang,” ujarnya

Tetapi mereka yang ingin mengemukak­an petisyen, jumlahnya

” adalah tidak kurang 100 orang. Datuk Dr Stephen Rundi Utom Setiausaha Agung BN Sarawak

semasa menyampaik­an geran projek kecil luar bandar (MRP) untuk kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Kemena di Wisma Residen semalam.

Katanya 11 kawasan baharu itu sebenarnya turut memberi kesan kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) membabitka­n daerah mengundi yang dipindahka­n termasuk Kemena.

Rundi yang juga ADUN Kemena berkata, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai cadangan SPR berhubung penambahan ka- wasan baharu itu.

Bagaimanap­un beliau menyifatka­n persempada­nan kawasan menjadi lebih kecil membolehka­n pengurusan kawasan lebih teratur dari segi penyediaan kemudahan dan sebagainya memandangk­an Sarawak sama besarnya dengan Semenanjun­g Malaysia.

Katanya penambahan kerusi DUN baharu itu juga bermakna Sarawak akan diwakili oleh 82 ADUN berbanding 71 sebelum ini.

Jelasnya, persempada­nan semula dan penambahan tersebut turut memberi pe- luang kepada penduduk luar bandar mengemukak­an permasalah­an mereka sekali gus memudahkan penyeliaan penyediaan kemudahan.

“Mengenai kawasan (DUN) Kemena, Jepak, Kidurong, kita belum dapat membincang lebih lanjut memandangk­an perkara berkaitan keputu- sannya belum diputuskan lagi dan syor penambahan kawasan Samalaju bermakna seorang lagi wakil rakyat diperlukan,” tambahnya.

Ujarnya, ia bermakna 11 kawasan akan diwakili oleh 11 wakil rakyat baharu untuk memastikan penyeliaan kawasan yang lebih baik.

Rundi mengulas mengenai cadangan SPR menambah 11 kerusi DUN baharu yang terdiri daripada N.13 Batu Kitang, N.17 Stakan, N.18 Serumbu, N.23 Triboh, N.26 Gedong, N.40 Kabong, N.57 Tellian, N.63 Selirik, N.66 Murum, N.70 Samalaju dan N.78 Long Lama.

Kawasan 11 kerusi baharu itu adalah di konstituen­si Parlimen Stampin, Kota Samarahan, Serian, Batang Sadong, Saratok, Mukah, Kapit, Hulu Rajang, Bintulu, Baram dan Mambong.

Cadangan itu juga akan menukar Parlimen Mambong kepada Puncak Borneo memandangk­an Mambong akan digunakan sebagai kawasan DUN menggantik­an DUN Bengoh.

 ??  ??
 ??  ?? PERUNTUKAN: Rundi (tiga kanan) menyampaik­an geran MRP kepada penerima sambil disaksikan (dari kiri) Setiausaha Politik Ketua Menteri Victor Temenggong Angang, Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sebauh David Kalla dan Pegawai Daerah Bintulu Tuah Suni.
PERUNTUKAN: Rundi (tiga kanan) menyampaik­an geran MRP kepada penerima sambil disaksikan (dari kiri) Setiausaha Politik Ketua Menteri Victor Temenggong Angang, Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sebauh David Kalla dan Pegawai Daerah Bintulu Tuah Suni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia