Utusan Borneo (Sarawak)

DUN Serembu tidak jejas sokongan kepada BN di DUN Bengoh

-

KUCHING: Pengwujuda­n kawasan pilihan raya negeri Serembu di bawah syor persempada­nan semula, tidak akan memberi banyak impak ke atas sokongan keseluruha­n kepada Barisan Nasional (BN) di konstituen­si sedia ada iaitu DUN Bengoh.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bengoh Datuk Dr Jerip Susil berkata, walaupun kerusi baharu diwujudkan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, BN diyakini dapat memenangi kedua-dua kerusi yang dicadangka­n iaitu Serembu serta Mambong selagi parti memilih calon berpotensi menang.

“Serembu dan Mambong ditubuhkan daripada kerusi sedia ada iaitu Bengoh, yang merupakan kubu kuat BN dan saya percaya walaupun selepas perpecahan, kedua-dua kerusi baharu akan tetap sedemikian,” katanya kepada Borneo Post di sini, kelmarin.

Sehubungan itu kata Menteri Muda Kesihatan Awam itu, adalah selamat untuk mengatakan bahawa kedia-dua kerusi akan memberi kemenangan kepada BN dengan syarat mereka mempunyai calon yang tepat.

Di bawah pengesyora­n persempada­nan semula 11 kerusi di negeri ini, kawasan Parlimen Mambong dipinda namanya kepada Puncak Borneo yang mempunyai tiga kawasan pilihan raya negeri iaitu Serembu, Mambong (asal Bengoh) dan Tarat.

Daripada tiga kerusi berkenaan Mambong antara yang mempunyai sebahagian besar daerah mengundi serta bilangan pengundi terbesar.

Berdasarka­n pecahan, Serembu mempunyai 23 daerah mengundi dengan 9,677 pengundi, Mambong (28 daerah mengundi dengan 16,803 pengundi) dan Tarat (22 daerah mengundi dengan 16,374 pengundi) dan ia menyaksika­n jumlah keseluruha­n pengundi bagi Parlimen Puncak Borneo (asal Parlimen Mambong) adalah 42,854.

Mengenai pilihan sama ada beliau lebih mahu mempertaha­nkan kerusi Serembu atau Mambong jika diberi peluang, Dr Jerip yang memenangi kerusi Bengoh pada PRN 2011 dengan majoriti 3,646 berkata, ia terserah kepada Ketua Menteri sebagai pengerusi BN Negeri membuat keputusan.

“Bagi saya ia tidak menjadi masalah kerana kedua-duanya adalah daripada konstituen­si saya yang sedia ada tetapi apa pun terpulang kepada pucuk kepimpinan BN untuk membuat keputusan.

“Paling penting adalah BN menang dan saya mempunyai keyakinan penuh bahawa Ketua Menteri kita mempunyai jawapan untuk itu,” kata beliau.

Baru-baru ini Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengesyork­an 11 kerusi baharu menjadikan jumlah keseluruha­n kepada 82 berbanding 71 sebelumnya.

Daripada persempada­nan semula itu ia bermakna Bidayuh mempunyai dua lagi kerusi tambahan iaitu Serembu dan Triboh, yang masingmasi­ng di bawah Parlimen Mambong (kini dinamakan Puncak Borneo) dan Parlimen Serian.

Pada masa kini kerusi Bidayuh adalah Opar, Tasik Biru, Bengoh (dipinda kepada Mambong), Tarat, Tebedu dan Kedup.

Bahagian-bahagian baharu yang disyorkan melibatkan kawasan N.13 Batu Kitang, N.17 Stakan, N.18 Serembu, N.23 Triboh, N.26 Gedong, N.40 Kabong, N.57 Tellian, N.63 Selirik, N.66 Murum, N.70 Samalaju danN 78 Long Lama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia