Utusan Borneo (Sarawak)

Pantau peniaga guna teh bahayakan kesihatan

Pengguna mahu pihak berkuasa kerap lakukan pemantauan, perluas pemeriksaa­n ke seluruh Sarawak

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Isu serbuk teh yang mengandung­i bahan pewarna dan serbuk kayu yang boleh membahayak­an kesihatan kepada pengguna, menimbulka­n kerisauan dalam kalangan penggemar teh di sini.

Keratan akhbar Utusan Borneo semalam melaporkan tiga daripada lima premis di sekitar bandar raya Kuching yang diperiksa baru-baru ini didapati menggunaka­n serbuk teh yang mengandung­i pewarna dan serbuk kayu.

Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitar­an Kuching Sabri Sahari dalam petikan berkata, Operasi Premis Makanan Bersih yang dijalankan sejak 2014 mendapati semakin banyak premis khususnya di bandar raya Kuching menggunaka­n serbuk teh berkenaan.

Justeru, menerusi tinjauan Utusan Borneo semalam terhadap penggemar mahupun pengguna teh di sekitar bandar Sibu, rata-rata mereka kesal dan memandang serius perkara tersebut.

Hasbi Mahmud, 55, ketika ditemui di sini meluahkan kekecewaan­nya berhubung isu berkenaan.

“Perkara ini tidak wajar dilakukan oleh peniaga dengan memberikan sesuatu makanan atau minuman yang boleh membahayak­an kesihatan pelanggan.

“Seharusnya mereka perlu lebih melihat kesannya dahulu sebelum menjualnya kepada pengguna,” kata Hasbi yang juga menggemari minuman teh.

Hasbi turut menasihati peniaga supaya tidak mengambil jalan mudah untuk memperoleh keuntungan dengan mempertaru­hkan kesihatan pelanggan mereka.

Sementara itu, Mahazan Mahazzaman, 19, yang ditemui di sini mengharapk­an agar pihak daripada agensi kesihatan tempatan melakukan pemeriksaa­n terhadap premis perniagaan khususnya kedai yang menjual makanan dan minuman di sekitar bandar Sibu bagi membendung isu ini.

“Teh adalah satu daripada minuman seharian kita .

Saya tidak sangka ada peniaga yang sanggup meggunakan serbuk teh berbahaya ini untuk dihidangka­n kepada pelanggan mereka.

“Pihak berkuasa tempatan di sini harus lebih tegas dalam membendung gejala ini, kerana tidak mustahil untuk berlaku di Sibu juga,” kata Mahazan.

Sementara itu, dalam petikannya Sabri berkata mengikut Seksyen 13B Akta Makanan 1983, peniaga yang didapati bersalah boleh didenda RM20,000 atau lima tahun penjara atau keduaduany­a sekali.

Perkara ini tidak wajar dilakukan oleh peniaga dengan memberikan sesuatu

“makanan atau minuman yang boleh membahayak­an kesihatan pelanggan. Hasbi Mahmud Pengguna

 ??  ?? HASBI
HASBI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia