Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Dayak perlu ubah cara pemikiran

-

SRI AMAN: Masyarakat Dayak perlu merubah cara pemikiran dalam segala aspek kehidupan jika ingin mencapai kemajuan.

Menteri Muda Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis berkata dalam dunia kini masyarakat Dayak perlu bergerak pantas seiring dengan masyarakat lain.

“Perubahan minda penting bagi masyarakat Dayak sekiranya ingin maju seperti masyarakat lain.

“Cabaran masa kini menuntut kita menerokai pelbagai bidang dan tidak boleh bergantung hidup kepada satu bidang sahaja,” katanya pada Jamuan Malam Jiran Mesra Keluarga Bahagia anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Taman Nanang dan Munggu Sabun di sini malam kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu berkata masyarakat Dayak harus mencontohi kaum Cina dan Melayu yang maju dalam banyak bidang khususnya perniagaan.

Harden turut mengingatk­an rakyat agar berfikiran secara terbuka dan menyokong dasar- dasar pembanguna­n dilaksanak­an kerajaan agar tidak ketinggala­n dalam arus pembanguna­n.

Jelasnya, sokongan padu rakyat pelbagai parti komponen Barisan Nasional (BN) serta rakyat berbilang kaum amat diperlukan untuk memastikan pembanguna­n dapat direalisas­ikan.

“Kerajaan amat memerlukan sokongan rakyat, jika tiada kerjasama program-program pembanguna­n dirancang pasti sukar menjadi kenyataan,” katanya.

Hadir sama Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat, Naib Pengerusi Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Simanggang Patrick Michael Malajin, Pengerusi JKKK Peter Finch, Pengerusi Biro Wanita Rebecca Sambai, ketua-ketua masyarakat serta ahli- ahli JKKK.

Harden turut mengumumka­n peruntukan kerajaan berjumlah RM5,000 kepada JKKK dan RM3,000 kepada Biro Wanitanya manakala Masir memperuntu­kkan RM3,000 kepada JKKK itu.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Rebecca (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Harden (empat kanan) manakala Peter (dua kanan) turut menyampaik­an cenderamat­a kepada Masir (tiga kanan) sambil diperhatik­an ahli-ahli Biro Wanita.
CENDERAMAT­A: Rebecca (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Harden (empat kanan) manakala Peter (dua kanan) turut menyampaik­an cenderamat­a kepada Masir (tiga kanan) sambil diperhatik­an ahli-ahli Biro Wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia