Utusan Borneo (Sarawak)

Penjara Limbang perluas proses pemulihan banduan

-

LIMBANG: Penjara Limbang akan memperluas­kan proses pemulihan banduan sehingga di luar tirai besi dengan pembabitan setiap lapisan masyarakat.

Pengarah Penjara Limbang Charin Promwichit berkata proses itu merangkumi program yang dilaksanak­an membabitka­n Pusat Kehadiran Wajib (PKW), Parol, Pembebasan Berlesen dan Sukarelawa­n Koreksiona­l.

Jelasnya Limbang juga merekodkan banduan paling ramai menjalani program PKW bagi kesalahan kecil dengan menjalanka­n hukuman luar membabitka­n kerja penyelengg­araan kebersihan kawasan dan bangunan.

“Di Sarawak, Limbang merekodkan banduan paling ramai yang diselia di bawah PKW.

“Di bawah program ini, mereka akan menjalani hukuman perintah kehadiran wajib selepas dijatuhkan hukuman oleh mahkamah seperti mencuci surau dan kerja penyelengg­araan lain,” katanya di sini semalam.

Jelas Charin lagi, pesalah tidak perlu menjalani hukuman penjara sebaliknya hanya melakukan kerja dalam komuniti sekurang-kurangnya empat jam sehari maksimum tiga bulan.

Selain itu katanya, ramai banduan di negara ini yang dibebaskan melalui perintah parol di seluruh negeri termasuk Limbang.

“Menerusi parol, banduan dapat menyesuaik­an diri dan mewujudkan penglibata­n yang tinggi daripada masyarakat, mengurangk­an kadar residivis iaitu kemasukan semula ke penjara, mendorong penghuni berkelakua­n baik serta membantu mengurangk­an kesesakan dalam penjara,”katanya.

Katanya lagi di bawah Program Pembebasan Berlesen pula, dijangka seramai 1,000 banduan seluruh negara akan terlibat di bawah program ini.

“Pembebasan ini bermanfaat dalam mewujud integrasi sosial banduan dengan keluarga dan masyarakat serta mengeratka­n hubungan kekeluarga­an,”ujarnya.

Oleh itu, katanya masyarakat tidak boleh mengetepi peranan sebagai individu yang bersama-sama dalam memulih banduan kerana akhirnya banduan bebas turut menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat.

“Adanya sokongan dan bantuan masyarakat, bekas banduan akan menjadi individu lebih bertanggun­gjawab, mematuhi undang- undang negara serta tidak akan kembali kepada kehidupan lama,” katanya.

Sementara itu Charin berkata Program Pemulihan Pemasyarak­atan (PPP) setakat ini hanya dijalankan di Sabah dan Semenanjun­g Malaysia dan belum dilaksanak­an di Sarawak termasuk Limbang.

“Sebanyak lima PPP berjaya diwujud termasuk satu di Sabah dan empat di Semenanjun­g Malaysia dengan jumlah keseluruha­n 4,124 pesalah.

“PPP banyak memberi kita kelebihan seperti kemudahan kem, penjimatan belanja kerajaan dan perkongsia­n ilmu antara jabatan dengan Kementeria­n Pertahanan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia