Utusan Borneo (Sarawak)

Forum Perdana Ehwal Islam di Masjid Al-Ittihad, malam ini

-

KUCHING: Penduduk di sekitar bandar raya ini khasnya masyarakat Islam dipelawa menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam di Masjid Al- Ittihad, Simpang Tiga di sini malam ini.

Forum yang dianjurkan Jawatankua­sa Masjid Al- Ittihad itu bermula jam 8.30 malam bertajuk ‘ Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang, Rasulullah SAW Qudwah Akhir Zaman’.

Acara yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul itu akan menampilka­n dua penceramah jemputan, Ustaz Tamrin Arif daripada Hikmah dan penceramah motivasi, Abdul Rahim Abol.

Manakala Daie Kafalah daripada Pertubuhan Perhimpuna­n Belia Islam Sedunia ( WAMY) Malaysia dan Ustaz Wan Azizul Wan Hamid akan bertindak sebagai pengantara sepanjang forum berkenaan.

Menurut Ustaz Wan Azizul menerusi kenyataan akhbar di sini semalam, pada awal acara itu, slot khas ceramah motivasi selepas solat Maghrib akan disampaika­n oleh Perunding Motivasi Ustaz Zamri Mohammad daripada ‘ MGS Training and Consultanc­y’.

“Pada kali ini, tema yang akan dibincangk­an secara hangat oleh panel jemputan iaitu bertajuk ‘ Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang - Rasulullah SAW Qudwah Akhir Zaman’,” katanya.

Ustaz Wan Azizul memberitah­u, selain mendapat ilmu dan pengetahua­n baharu tentang acara Islam, jemaah yang hadir turut mendapat sedikit buah tangan daripada pihak penganjur dalam Slot Jom Berbahagi Rezeki.

Justeru, beliau mengalu- alukan masyarakat Islam di sekitar bandar raya Kuching yang tinggal di kawasan berhampira­n hadir ke majlis ilmu itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia