Utusan Borneo (Sarawak)

JKM Lawas siap sedia hadapi kemungkina­n banjir

-

LAWAS: Meskipun berdepan kekurangan kakitangan, namun Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) Lawas sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkina­n berlakunya banjir berikutan keadaan cuaca tidak menentu masa kini.

Pegawai JKM Lawas Mohd Nur Khairul Pungut berkata walaupun mempunyai tiga kakitangan, JKM tetap melakukan persiapan rapi termasuk menyedia stok bantuan makanan, pusat pemindahan dan pengumpula­n di pusat pemindahan jika berlaku banjir seperti di Merapok baru-baru ini.

Beliau berkata JKM telah menyedia pusat pemindahan mangsa terdiri daripada bangunan sekolah dan dewan orang ramai seperti yang dilaku di kawasan Merapok.

“Semua kakitangan JKM Lawas diletak dalam keadaan bersiap sedia dan dapat digerak pada bila-bila masa meskipun kami hanya mempunyai tiga kakitangan.

“Bagaimanap­un kakitangan JKM Limbang akan turut membantu jika berdepan kejadian kritikal melibatkan banjir besar,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohd Khairul menjelaska­nbahawa perancanga­n juga telah dilakukan bagi membolehka­n bekalan barang keperluan kepada mangsa dapat disalur dengan lancar dan segera.

Katanya persediaan menghadapi bencana banjir dibuat bersama agensi lain dengan merancang sistem penyaluran bantuan lebih menyeluruh.

Beliau menasihati penduduk yang rumah mereka dinaiki air supaya menghubung­i segera bomba, polis, bilik gerakan banjir, pejabat daerah dan agensi berkaitan.

Difahamkan sebelum ini tiga kampung di Merapok bersempada­n negeri Sabah dilanda banjir minggu lepas dan 52 mangsa dipindahka­n ke pusat pemindahan di SMK Merapok.

Jumlah itu melibatkan 13 keluarga membabitka­n 14 lelaki, 24 perempuan dan 14kanak-kanak.

Beliau berkata setakat semalam tiada maklumat diterima mengenai keadaan banjir meskipun paras air di beberapa sungai di daerah ini naik akibat hujan lebat.

“Kami akan terus memantau keadaan sebagai persiapan menghadapi banjir di beberapa kawasan rendah membabitka­n Merapok, Sundar, Trusan dan Ulu Trusan yang memerlukan kita untuk bekerjasam­a dengan agensi lain,”ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia