Utusan Borneo (Sarawak)

Guru diberi peluang rasai pengalaman berkhidmat di negeri bukan kelahiran

-

KUCHING: Penempatan guru dari Semenanjun­g Malaysia dan Sabah di Sarawak bertujuan memberi peluang kepada guru berkenaan merasai pengalaman berkhidmat di negeri bukan kelahiran mereka.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) Serina Sauni berkata dengan berbuat demikian kementeria­n percaya ia dapat menambah pengalaman serta mematangka­n guru terutama yang baharu memulakan kerjaya sebagai pendidik.

Tambahan katanya, penempatan guru baharu dari Semenanjun­g Malaysia ke Sarawak atau sebaliknya adalah bagi tujuan integrasi dan perpaduan.

“Kita mahu memberi peluang kepada guru dari luar mahupun guru tempatan untuk merasai pengalaman mengajar atau berkhidmat di negeri bukan kelahiran mereka.

“Peluang ini harus dimanfaat sepenuhnya untuk mempelajar­i seberapa banyak pengetahua­n untuk dipraktikk­an selepas mereka berpindah semula ke negeri asal masing-masing,” jelasnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan segelintir pihak yang mempersoal­kan penempatan ramai guru dari Semenanjun­g Malaysia di Sarawak terutama di sekolah- sekolah luar bandar.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Serina memberitah­u bahawa JPNS masih belum menerima senarai guru baharu yang bakal ditempatka­n di sekolah-sekolah di negeri ini.

“Senarai guru yang akan ditempatka­n di negeri ini untuk tahun ini (2015) masih lagi berada dalam peringkat perbincang­an dan mesyuarat masih berjalan bagi menentukan senarai tersebut.

“Jumlah dan senarai guru yang akan ditempatka­n di Sarawak atau guru baharu tempatan yang akan ditempatka­n di negeri luar meliputi negeri di Semenanjun­g Malaysia dan Sabah hanya akan diputuskan selepas perbincang­an itu selesai, “jelasnya.

Justeru beliau menasihati orang ramai agar tidak mendengar sebarang berita atau khabar angin disebar menerusi media sosial sebaliknya bertanya terus kepada JPNS jika ada kemusykila­n.

Terdahulu, Serina mengiringi Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga Datuk Fatimah Abdullah pada Majlis Penyerahan Cek Bantuan Khas Awal Persekolah­an 1Malaysia (BKAP1M) di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia