Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk merungut kerap dilanda banjir

Cabar Datuk Bandar MBM Lawrence Lai tinggal sementara di kawasan Eco Park 2 rasai masalah itu

- Oleh Connie Sylvia Mesa

MIRI: Penduduk kawasan perumahan Eco Park 2, Jalan Sze Chuan 2 di sini bukan sahaja berang dengan pihak bertanggun­gjawab berkaitan masalah banjir kilat malah turut mencabar Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri ( MBM) Lawrence Lai tinggal sementara di kawasan berkenaan untuk bersama-sama merasai masalah itu.

Penduduk menyuaraka­n kemarahan dan kekecewaan itu kepada Menteri Muda Perhubunga­n Datuk Lee Kim Shin ketika beliau mengadakan tinjauan ke lokasi berkenaan petang kelmarin.

Justeru, penduduk menggesa sesiapa yang berkaitan agar tampil bertanggun­gjawab mencari jalan penyelesai­an mengatasi banjir kilat itu sehingga menyebabka­n kerugian besar serta kerosakan harta benda.

Kawasan perumahan Eco Park 2, Jalan Sze Chuan 2 dilanda banjir kilat pada 1 Disember tahun lalu dan berulang pada 2 Januari lepas.

Tinjauan petang kelmarin turut disertai Pengarah Jaba-

Lawrence memberitah­u bahawa masalah banjir kilat di kawasan ini semakin baik. Tetapi melihat keadaan berlaku pada 2 Januari lalu, penduduk di sini tidak melihat sebarang perubahan

” malah semakin teruk.

Penduduk

tan Pengairan dan Saliran ( JPS) Sarawak Wong Siu Hieng, beberapa pegawai JPS dan MBM.

Salah seorang penduduk yang tidak mahu namanya disiarkan melahirkan rasa terkilan dan kecewa dengan MBM, turut mempelawa Lawrence Lai tinggal sementara di rumahnya supaya berkongsi rasa takut setiap kali hujan lebat.

“Lawrence memberitah­u bahawa masalah banjir kilat di kawasan ini semakin baik. Tetapi melihat keadaan berlaku pada 2 Januari lalu, penduduk di sini tidak melihat sebarang perubahan malah semakin teruk.

“Kami berada dalam ketakutan dan bimbang bukan sahaja dengan harta benda tetapi risau dengan keselamata­n.

“Cuba tinggal di sini, biar Datuk Bandar faham ketakutan kami terutama pada musim hujan lebat,” jelasnya.

Katanya sejumlah 25 rumah mengalami kerosakan teruk dan dua rumah turut terjejas.

Menurutnya, bagi mengelak air banjir masuk ke kawasan rumah, segelintir pemilik rumah terpaksa membina tembok sehingga paras pinggang di hadapan dan di belakang pintu rumah.

“Ia bukan sahaja menambah kos perbelanja­an, malah menjejas konsep dan reka bentuk rumah yang kami idamkan.

“Kami susah keluar masuk melalui hadangan itu terutama bagi warga emas dan ibu mengandung.

“Kami bukan sahaja mengalami kerosakan harta benda bahkan bimbang masalah litar pintas disebabkan alat elektrik rendah di dalam rumah.

“Apa yang kami mahu sekarang adalah jaminan dan sekiranya hal ini masih berulang lagi, siapa yang patut kami cari?” soal seorang lagi penduduk.

Tambah penduduk itu lagi, banjir kilat berlaku akibat sistem perparitan dan saliran tidak sempurna.

Penduduk mahu masalah banjir kilat diambil kira MBM, JPS dan pihak pemaju.

“Pihak berkaitan bukannya mencari jalan penyelesai­an, tetapi saling menuding jari antara satu sama lain,” dakwa penduduk kawasan terbabit.

Sementara itu, Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin berkata beliau mahu semua pihak bertanggun­gjawab memainkan peranan menangani dan menyelesai­kan masalah itu dengan segera.

“Jangan hanya menuding jari sesama sendiri tetapi bekerjasam­a mencari penyelesai­an. Perbincang­an dan kata sepakat wajar dicapai,” katanya.

Menurut Lee, untuk mencari jalan penyelesai­an segera, pihak berkaitan akan membina lagi kolam tadahan air serta memperdala­m dan memperluas perparitan di kawasan perumahan berkenaan.

“Ini bagi memastikan air parit di kawasan itu mengalir lancar, bebas dan tidak tersumbat.

“Manakala penyelesai­an jangka panjang, kita mengkaji semula sistem perparitan dan saliran yang perlu diperluas sehingga ke kawasan terjejas,” katanya.

Lee menggesa penduduk terlibat terus bersabar serta sentiasa bertenang kerana masalah itu telah dikemuka kepada kerajaan negeri dan kini dalam fasa penyelesai­an.

 ??  ?? TURUN PADANG: Lee (dua kiri) melihat pelan projek di kawasan perumahan Eco Park sambil berbincang sesuatu dengan Wong (dua kiri) serta yang lain.
TURUN PADANG: Lee (dua kiri) melihat pelan projek di kawasan perumahan Eco Park sambil berbincang sesuatu dengan Wong (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia