Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan ‘ala militan’: PDRM tingkatkan pemantauan Polis kesan daun Khat kini diseludup ke Malaysia

Kumpulan, individu tertentu dipantau biar tiada ancaman

- Oleh Mohd Achil Norrlatep

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatk­an tahap keselamata­n negara susulan serangan ‘ala militan’ yang berlaku di Paris dan Australia.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata biarpun setakat ini tiada sebarang ancaman yang diterima namun PDRM tetap mengambil langkah memantau aktiviti kumpulan dan individu tertentu di negara ini.

“Kita sudah pertingkat­kan pemantauan dan menguatkan lagi jaringan risikan bagi memastikan kita tahu setiap pergerakan kumpulan dan individu yang disyaki,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Beliau mengulas demikian ketika ditanya mengenai langkah polis berikutan in- siden Rabu lepas, tiga orang bersenjata api dan bertopeng melepaskan tembakan di pejabat Charlie Hebdo di Paris sehingga menyebabka­n 12 orang terbunuh dan tiga lagi cedera parah dengan Presiden Perancis Francois Hollande menyifatka­nnya sebagai “serangan pengganas”.

Di Sydney, Australia, dua tebusan dan seorang lelaki bersenjata kelahiran Iran terbunuh setelah polis Australia bertindak menyerbu sebuah kafe bagi menamatkan pengepunga­n lebih 16 jam oleh suspek yang menawan 17 orang sebagai tebusan pada 15 Dis lalu.

PDRM telah pun bertindak dalam membendung aktiviti militan di negara ini, terutamany­a kumpulan militan IS dengan sehingga kini menahan 51 individu rakyat tempatan yang cuba menyertai atau membantu kumpulan militan IS di Syria dan Iraq. — Bernama KUALA LUMPUR: Polis mengesan dadah organik sejenis daun dinamakan Khat, yang digunakan masyarakat Timur Tengah dengan cara mengunyahn­ya kini mula diseludup ke negara ini secara besar-besaran.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata dadah berkenaan dibawa masuk melalui syarikat kiriman barang dan sindiket dadah memalsukan dokumentas­i penghantar­an daun itu dengan mengisytih­arkannya sebagai daun teh dan daun inai.

Beliau berkata hasil siasatan Jabatan Kimia mendapati daun berkenaan mengandung­i dadah jenis Cathinone iaitu bahan, yang mengkhayal­kan seperti ephiderin dan amphetamin­e.

“Ia dadah baharu yang diseludup masuk ke Malaysia untuk kegunaan masyarakat Timur Tengah di sini dan mereka mengunyahn­ya untuk khayal. Kita khuatir jika tidak dibendung ia akan merebak dan digunakan oleh penagih tempatan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Katanya pendedahan itu dibuat berdasarka­n maklumat awam dan tindakan operasi serbuan pasukan Narkotik

Kita sudah pertingkat­kan pemantauan dan menguatkan lagi jaringan risikan bagi memastikan kita tahu setiap pergerakan

” kumpulan dan individu yang disyaki. Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim Timbalan Ketua Polis Negara

Polis Bukit Aman di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) Rabu lepas dan di sekitar Selangor serta ibu negara, kelmarin.

Dalam dua serbuan itu polis menahan empat lelaki, iaitu dua warga tempatan, seorang dan seorang warganegar­a Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kesemua mereka berusia antara 19 dan 54 tahun dan kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh membawa hukuman mati mandatori.

Noor Rashid berkata polis turut merampas 10 kotak, yang mengandung­i daun tersebut seberat 90.78 kilogram dianggarka­n bernilai RM50,000. Daun itu diseludup dari Uganda, Afrika.

“Siasatan awal polis mendapati lelaki Yemen telah memasuki negara ini menggunaka­n pas pelawat beberapa minggu lepas manakala lelaki warga UAE itu merupakan pelajar kolej swasta di ibu negara,” katanya.

Polis juga percaya terdapat warga tempatan yang bersubahat dalam penyeludup­an dadah itu.

Beliau memberi jaminan pemantauan dan risikan akan sentiasa dijalankan bagi membendung penyeludup­an dadah tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DADAH BAHARU: Noor Rashid (kanan) menunjukka­n dadah jenis baharu cathinone (Daun Khat) seberat 90.78 kg selepas sidang akhbar di Bukit Aman di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama DADAH BAHARU: Noor Rashid (kanan) menunjukka­n dadah jenis baharu cathinone (Daun Khat) seberat 90.78 kg selepas sidang akhbar di Bukit Aman di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia