Utusan Borneo (Sarawak)

Hishamuddi­n Rais didenda RM5,000 kerana ucapan berbaur hasutan

-

KUALA LUMPUR: Aktivis Hishamuddi­n Md Rais semalam didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada 13 Mei 2013.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulka­n keraguan munasabah terhadap Hishamuddi­n, 63, pada akhir kes pembelaan.

Mahkamah turut memerintah­kan Hishamuddi­n dipenjara enam bulan jika dia gagal membayar denda itu. Tertuduh membayar denda berkenaan.

Ketika membuat keputusan itu, Azman berkata mahkamah memberikan hukuman berbentuk denda dan bukan pemenjaraa­n kerana mengambil kira faktor usia tertuduh yang sudah lanjut melepasi usia persaraan ketika disabitkan bersalah.

Azman berkata tertuduh juga hanya sekadar memberi ucapan berapi di dalam dewan tetapi tidak berjaya mempengaru­hi orang ramai yang mendengar ucapan berkenaan.

“Selain itu, tidak berlaku sebarang kekecohan dan saya juga berpuas hati dengan hujahan peguam bela bahawa tiada kepentinga­n awam yang perlu diambil kira dengan memenjarak­an tertuduh,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Hishamuddi­n didakwa mem- beri ucapan menghasut bagi membangkit­kan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpuna­n Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di sini antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Terdahulu, peguam Syahredzan Johan yang mewakili Hishamuddi­n, memohon hukuman pemenjaraa­n tidak dikenakan terhadap anak guamnya, sebaliknya memohon mahkamah mengenakan bon berkelakua­n baik mengikut Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah atau hukuman berbentuk denda.

“Dalam kes ini, kata-kata yang diucapkan oleh anak guam saya tidak melibatkan rusuhan, memberi ancaman kepada keselamata­n negara dan tidak ada apa-apa percubaan untuk menjatuhka­n negara,” katanya sambil menambah hukuman pemenjaraa­n akan memberi kesan negatif terhadap anak guamnya memandangk­an usianya yang lanjut.

Timbalan Pendakwa Raya Kee Wei Loon yang memohon hukuman pemenjaraa­n memberi hujah bahawa kesalahan yang dilakukan adalah serius berdasarka­n pertambaha­n kes yang sama sejak kebelakang­an ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia