Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan kaji skim insurans lindungi pembeli rumah

Korea Selatan ada skim yang berjaya melindungi pembeli

-

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang mengkaji satu skim insurans perumahan yang dilaksanak­an di Korea Selatan bagi memberi lebih perlindung­an kepada pembeli daripada menjadi mangsa projek perumahan terbengkal­ai.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata penelitian awal mendapati Korean Housing Insurance Scheme berjaya membantu dan melindungi pembelipem­beli rumah di negara itu.

Di bawah skim tersebut, ia akan memberi pampasan kepada pembeli sekiranya rumah tidak disiapkan dan pada masa sama, ia juga akan dapat memastikan pemaju melaksanak­an kerja dengan sebaik-baiknya, katanya.

“Secara prinsipnya, pema- ju perumahan o.k dengan perkara itu. Perlu masa untuk perhalusi beberapa perkara.

“Jelasnya, sistem atau idea sedang dipertimba­ngkan pada masa ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an amanat Tahun Baharu pada perhimpuna­n bulanan kementeria­nnya di sini semalam.

Abdul Rahman berkata kementeria­nnya sedang mengkaji beberapa perkara di bawah skim tersebut, termasuk pihak yang akan membiayai tabung di bawah skim berkenaan.

Mengambil contoh pelaksanaa­n di Korea, beliau berkata kerajaan Korea bekerjasam­a dengan pemain industri perumahann­ya di mana kerajaan akan membiayai sebahagian wang manakala industri perumahan membiayai bahagian selebihnya.

Secara prinsipnya, pemaju perumahan o.k dengan perkara itu. Perlu masa untuk

” perhalusi beberapa perkara. Datuk Abdul Rahman Dahlan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Di Korea juga, setiap transaksi berkaitan perumahan seperti menandatan­gani Perjanjian Jual-Beli ataupun pembayaran sewa, sebahagian wang akan disalurkan ke tabung bagi menjana pendapatan yang kemudianny­a akan digunakan menyelesai­kan isu industri perumahan, katanya.

“Namun ini tidak semestinya akan diaplikasi­kan di negara ini. Terdapat banyak cara untuk melaksanak­annya. Kita masih dalam kajian,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rah- man berkata kementeria­nnya juga mengkaji untuk mewajibkan pemaju perumahan mempunyai harta cair yang banyak dalam bentuk tunai dan harta bagi mengelak berlaku projek perumahan terbengkal­ai.

“Ini merupakan satu idea yang mudah dan boleh melindungi pembeli rumah.

Dengan ini, hanya mereka yang mempunya kecairan tunai yang tinggi akan dibenarkan mendapatka­n lesen untuk projek-projek,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia