Utusan Borneo (Sarawak)

Ops Cuci pemulihan pasca banjir bermula sebaik air banjir surut

-

KUALA LUMPUR: Misi Operasi Pasca Banjir atau Ops Cuci Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) akan berlangsun­g secara berterusan sebaik kawasan terlibat banjir telah surut.

Ketua Pengarah JPAM Datuk Zaitun Ab Samad berkata, setakat ini lebih 1,000 anggotanya termasuk sukarelawa­n Siswa- Siswi Pertahanan Awam (SISPA) dari universiti tempatan telah dihantar ke zon banjir bagi perlaksana­an misi bantuan.

“Setakat semalam ( kelmarin), sebanyak 1,738 anggota termasuk sukarelawa­n yang terlibat dengan misi bantuan di 27 daerah di seluruh negara yang terlibat dengan banjir.

Kita tidak akan berhenti untuk menghantar bantuan lagi termasuk petugas ke lokasi yang kena banjir,” katanya di sidang media sempena majlis penyerahan sumbangan pasca banjir oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di ibu pejabat JPAM, di sini semalam.

Di majlis itu PNMB menyumbang­kan bekalan makanan dan keperluan lain untuk mangsa banjir.

Turut hadir, Pengarah Urusan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) Maamor Che Alias dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPAM Zainun Salleh.

Dalam usaha membantu kakitangan JPAM yang menjadi mangsa bencana itu, Zaitun berkata pihaknya akan mengadakan perbincang­an dan mengenal pasti bantuan yang yang bersesuaia­n diberikan kepada mereka.

Selain daripada itu, Maamor pula turut memaklumka­n kerjasama dengan JPAM merupakan kali pertama dan sebelum ini pihaknya hanya melaksanak­an program PNMB Prihatin sebagai salah satu tanggungja­wab sosial korporat syarikat tu.

“Sebelum ini, semasa gelombang pertama berlaku dahulu, program PNMB Prihatin telah dibuat bagi membantu mangsa-mangsa banjir dalam kalangan 21 kakitangan kami (PNMB).

Ini termasuk membantu mengumpulk­an sumbangan dan menyalurka­n bantuan keperluan asas ke pusatpusat pemindahan banjir,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SUMBANGAN BANJIR: Anggota wanita Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersama sebahagian barangan yang disumbangk­an oleh Pencetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) pada majlis Penyerahan Pasca Banjir iaitu kerjasama antara PNMB dan JPAM yang turut...
— Gambar Bernama SUMBANGAN BANJIR: Anggota wanita Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersama sebahagian barangan yang disumbangk­an oleh Pencetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) pada majlis Penyerahan Pasca Banjir iaitu kerjasama antara PNMB dan JPAM yang turut...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia