Utusan Borneo (Sarawak)

Agensi KKLW akan adakan simulasi hadapi banjir

-

TEMERLOH: Semua agensi di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW) serta Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) diarah bersiap siaga dengan mengadakan simulasi bagi menghadapi banjir yang lebih besar pada masa akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, simulasi itu penting agar semua pihak lebih bersedia dalam menghadapi bencana itu selain dapat mengurangk­an kesengsara­an yang ditanggung mangsa banjir.

“Kejadian banjir luar biasa yang berlaku tahun lepas, boleh kita ambil iktibar supaya tahun ini kita dapat laluinya dengan penuh keyakinan dan sistem yang lebih teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat beberapa buah kampung di pesisir Sungai Pahang yang dilanda banjir baru-baru ini, semalam.

Mohd Shafie turut menyampaik­an sumbangan barangan keperluan tajaan Yayasan Mara berjumlah RM60,000 dan wang tunai kepada pelajar sekolah mangsa banjir di Kampung Bintang dan Kampung Teluk Ira di sini.

Beliau berkata agensi di bawah kementeria­n seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan ( KESEDAR) serta agensi pembanguna­n koridor yang lain akan menjalani simulasi dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) sebelum menghadapi bencana itu.

“Contohnya, kita tahu banjir biasanya berlaku bulan Disember, jadi kita akan cadangkan sebelum itu untuk buat penempatan penduduk di tempat yang tinggi, manakala pimpinan masyarakat akan jalani latihan seminggu dua tentang bagaimana hendak pindah serta ikut arahan pemindahan,” kata Mohd Shafie.

Sementara itu, beliau berkata nilai kerosakan bangu- nan, jalan kampung, dewan orang ramai, tadika KEMAS, Perumahan Projek Rakyat Termiskin (PPRT) dianggar melebihi RM200 juta.

Katanya, mengikut rekod setakat ini, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Krai, Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan 600 daripada 11,000 tadika KEMAS rosak akibat banjir baru-baru ini.

MRSM Pasir Salak, Perak; KKTM Kuantan dan Institut Kemahiran MARA Pekan pula dijadikan pusat pemindahan banjir manakala Kesedar Inn di Gua Musang dijadikan pusat penempatan

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Mohd Shafie (tengah) meluangkan masa menziarahi seorang warga emas yang juga mangsa banjir, Salsiah Mohd Amin, 79, (kiri) semasa melawat Kampung Baru Bintang di Temerloh, semalam. Turut kelihatan Exco Pelanconga­n dan Kebudayaan Negeri...
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Mohd Shafie (tengah) meluangkan masa menziarahi seorang warga emas yang juga mangsa banjir, Salsiah Mohd Amin, 79, (kiri) semasa melawat Kampung Baru Bintang di Temerloh, semalam. Turut kelihatan Exco Pelanconga­n dan Kebudayaan Negeri...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia