Utusan Borneo (Sarawak)

Penjawat awam diberi kelonggara­n cuti bencana

-

DUNGUN: Penjawat awam yang tidak dapat memulakan tugas apabila turut terperangk­ap di kawasan dilanda banjir baru-baru ini diberi kelonggara­n untuk mengambil cuti bencana.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Awam ( JPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata pihaknya sedang mengemas kini bilangan sebenar penjawat awam yang menghadapi masalah itu.

“Kita maklum ada ramai penjawat awam yang pulang ke kampung untuk bercuti dan tidak boleh kembali bertugas mengikut jadual kerana laluan ditenggela­mi air, malah ada yang turut menjadi mangsa banjir.

“Mereka perlu memaklumka­n keadaan itu kepada ketua jabatan dan perlu bertugas seperti biasa apa- bila keadaan mengizinka­n, manakala bagi penjawat awam yang menyertai misi bantuan kemanusiaa­n pasca banjir, JPA memberikan mereka cuti khas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan dan cek faedah terbitan kepada keluarga Allahyarha­m Mohmad Yusof Awang Noh di Kampung Durian Mentangau di sini semalam.

Pada majlis itu, Mohamad Zabidi turut menyampaik­an bantuan kewangan dan barangan keperluan asas hasil sumbangan sukarelawa­n JPA4U kepada keluarga tersebut.

Allahyarha­m Mohmad Yusof yang bekerja sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan Durian Men- tangau meninggal dunia pada 1 Jan lalu ketika sedang membersihk­an sekolah yang terjejas banjir akhir tahun lalu.

Dalam rangka lawatan kerjanya ke Terengganu semalam, Mohamad Zabidi turut menziarahi dua keluarga penjawat awam yang terkorban ketika bencana banjir baru-baru ini iaitu Allahyarha­mah Norhayati Sulong di Taman Geliga Intan dan Allahyarha­m Mat Zaik Mohd Yusof di Felda Seberang Tayor, Kemaman.

JPA melalui Pasukan Intervensi Krisis Malaysia (MCIT) turut menyediaka­n pegawai psikologi untuk memberi khidmat kaunseling di kalangan mangsa, keluarga dan petugas yang menghadapi bencana banjir, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia