Utusan Borneo (Sarawak)

Majikan mohon pembaharua­n PLKS pekerja asing secara terus dengan Jabatan Imigresen

-

MELAKA: Kira- kira 200 majikan semalam memohon pembaharua­n pas lawatan kerja sementara (PLKS) untuk pekerja asing dilakukan secara terus dengan Jabatan Imigresen, selain pendaftara­n melalui laman sesawang MYEG yang sedia ada.

Wakil kumpulan majikan itu Preminder Perianan berkata perlaksana­an pembaharua­n PLKS hanya menerusi MYEG sekarang dikhuatiri menimbulka­n pelbagai masalah kepada majikan terutamany­a dari segi keselamata­n.

“Antara masalah yang dijangka timbul adalah keselamata­n pangkalan data Jabatan Imigresen dikhuatiri boleh dicerobohi oleh pihak ketiga yang terlibat dengan MYEG,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu beliau bersama beberapa wakil majikan lain mengadakan perbincang­an mengenai perkara itu dengan pegawai daripada Jabatan Imigresen Melaka di Kompleks Kementeria­n Dalam Negeri di Ayer Keroh di sini, semalam.

Bermula 5 Jan lepas, semua majikan tidak lagi boleh memperbaha­rui PLKS pekerja asing mereka secara terus dengan Jabatan Imigresen dan hanya boleh memperbaha­rui pas itu dengan menggunaka­n perkhidmat­an MYEG.

Preminder berkata berkata bayaran tambahan sebanyak RM38 untuk setiap pekerja kepada MYEG juga akan membebanka­n kos operasi majikan dan sistem MYEG yang didakwa sering tergendala melambatka­n urusan majikan yang terlibat.

“Pengendali­an MYEG dalam pembaharua­n PLKS telah menjadikan ia sebagai syarikat orang tengah tanpa disedari kepada Jabatan Imigresen, kami cuma mahu tambahan satu cara (pembaharua­n PLKS) lain yang lebih berkesan bukan dipaksa hanya boleh pakai MYEG,” katanya.

Beliau berkata segala urusan pengambila­n pekerja asing sebelum ini berjalan lancar dan selamat melalui urusan secara terus dengan Jabatan Imigresen. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia