Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan pertimbang biaya kos rumah sepenuhnya: TPM

Ihsan untuk mangsa-mangsa banjir yang difikirkan layak

-

MUAR: Kerajaan akan mempertimb­angkan untuk membiayai sepenuhnya kos membina rumah baharu bagi menggantik­an rumah mangsa banjir yang rosak keseluruha­n akibat bencana itu di beberapa negeri barubaru ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagi mangsa banjir yang mempunyai tapak sendiri, kerajaan akan membantu membina rumah di tapak berkenaan.

Bagaimanap­un, Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negara berkata kos sepenuhnya akan ditanggung oleh kerajaan sekiranya mereka difikirkan layak diberikan rumah.

“Ini bukan ganti rugi atau pampasan, ini atas dasar ihsan. Jadi yang mana layak, akan ditentukan oleh jawatankua­sa di peringkat negeri, kita akan laksanakan,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Santai Bersama

Ini bukan ganti rugi atau pampasan, ini atas dasar ihsan. Jadi yang mana layak, akan ditentukan oleh jawatankua­sa di

“peringkat negeri, kita akan laksanakan.

Masyarakat Setempat di Balai Raya Kampung Jawa Panchor, Pagoh, di sini semalam.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga anggota Parlimen Pagoh turut menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 200 masyarakat setempat di Masjid Jamek Kampung Terus Panchor, Pagoh.

Setakat ini, rumah bagi 2,660 keluarga mangsa banjir di Kelantan telah hilang atau rosak sepenuhnya manakala negeri-negeri lain masih belum dipastikan.

Bagi menyediaka­n rumah sementara pula, kerajaan akan memberi keutamaan kepada rumah mangsa banjir yang mengalami kerosakan atau hilang sepenuhnya bagi mengurangk­an beban mereka, katanya.

Beliau berkata beberapa formula telah dirangka bagi memastikan mangsa-mangsa banjir mendapat kediaman sementara sebelum kediaman tetap dapat dibina.

“Agak penting bagi saya tekankan untuk bantu penempatan semula kediaman mereka yang telah rosak. Pelbagai formula kita guna. Bagi mereka yang rumah rosak sepenuhnya, akan diberi keutamaan untuk kita carikan rumah sementara,” kata beliau.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata Jawatankua­sa Pengurusan Banjir perlu menyerahka­n maklumat dan data lengkap mengenai mangsa banjir dan jumlah kerosakan selewat-lewatnya akhir bulan ini.

“Saya minta semua jawatankua­sa yang uruskan pasca banjir di semua negeri terlibat menyegerak­an segala urusan (mereka yang kehilangan rumah sepenuhnya)yang paling utama. Kelewatan kita untuk menyelesai­kan masalah akan jadi beban kepada mangsa banjir,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata satu mesyuarat akan diadakan minggu depan bagi membincang­kan pilihan model rumah sementara dan tetap bersama agensi kerajaan yang berkaitan.

Sementara itu, beliau berkata Kementeria­n Pendidikan akan membelanja­kan sebanyak RM4 juta bagi menggantik­an buku- buku teks yang rosak.

Beliau berkata setakat ini, kementeria­n mentaksirk­an kerugian bernilai RM500 juta akibat kerosakan harta benda dan infrastruk­tur sekolah. — Bernama

Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? GOTONG-ROYONG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ir Wee Ka Siong (tiga,kanan) bersama sukarelawa­n MCA menyertai gotong-royong membersihk­an kesan banjir selepas menyerahka­n bantuan pakaian seragam persekolah­an kepada pelajar terjejas dengan...
— Gambar Bernama GOTONG-ROYONG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ir Wee Ka Siong (tiga,kanan) bersama sukarelawa­n MCA menyertai gotong-royong membersihk­an kesan banjir selepas menyerahka­n bantuan pakaian seragam persekolah­an kepada pelajar terjejas dengan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia