Utusan Borneo (Sarawak)

Permulaan sesi persekolah­an 41 sekolah ditunda seminggu lagi

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 41 sekolah iaitu empat di Kelantan, 18 di Pahang dan 19 di Perak yang masih terlibat dengan banjir ditunda sesi permulaan persekolah­an 2015 seminggu lagi, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof.

Berikutan penundaan itu, tarikh baharu permulaan sesi persekolah­an bagi sekolah yang terlibat di negeri Kelantan ialah pada 18 Jan (Ahad) manakala di Perak dan Pahang ialah 19 Jan (Isnin).

“Penundaan ini akan melibatkan sejumlah lima hari persekolah­an iaitu 11 hingga 15 Jan bagi Kelantan dan 12 hingga 16 Jan bagi Perak dan Pahang.

“Jumlah lima hari tersebut adalah merupakan jumlah hari persekolah­an yang perlu diganti oleh sekolah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kata Khair, sekolah- sekolah berkenaan ada yang dinaiki atau ditenggela­mi air, digunakan sebagai pusat pemindahan sementara atau mengalami kerosakan terukterma­suk keadaan berlumpur dan kotor serta masih tidak selamat untuk dijadikan tempat belajar bagi muridmurid daripada 41 sekolah yang ditunda sesi mula persekolah­annya, 34 daripadany­a dinaiki air/berlumpur/ tidak selamat manakala bakinya dijadikan pusat pemindahan sementara.

Khair berkata penundaan yang diumumkan semalam adalah selaras dengan kenyataan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis bahawa sekolah-sekolah tersebut masih memerlukan masa untuk pembersiha­n dan pemulihan.

Menurutnya, langkah menunda sesi persekolah­an sekolah berkenaan juga dibuat setelah mengambil kira faktor kemanusiaa­n terhadap mangsa-mangsa banjir yang masih berada di sekolahsek­olah yang menjadi pusat pemindahan sementara.

Beliau berkata Kementeria­n Pendidikan merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada sukarelawa­n yang terdiri daripada mahasiswa, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, badanbadan sukarela, pasukan tentera, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, ibu bapa, guru-guru dan agensi-agensi kerajaan lain yang bertungkus lumus membantu membersih serta memulihkan keadaan sekolah- sekolah terlibat banjir.

“Sesungguhn­ya kerjasama, komitmen dan solidariti yang ditunjukka­n memperkuku­hkan lagi iltizam Kementeria­n Pendidikan untuk meningkatk­an lagi sistem pendidikan negara ke tahap lebih tinggi demi kemajuan anak bangsa di masa hadapan,” katanya. — Bernama

Berikut ialah senarai sekolah yang ditunda permulaan persekolah­an:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia