Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk jenuh sodok keluar pasir setiap kali banjir

-

KEMAMAN: Hujan lebat melanda Terengganu seperti yang diramalkan Jabatan Meteorolog­i Malaysia bermula kelmarin hingga semalam menyebabka­n dua daerah di sebelah hulu Kemaman dan Dungun kembali dinaiki airsejak petang kelmarin.

Ini mengakibat­kan sejumlah 273 mangsa membabitka­n 77 keluarga yang rata-rata mendiami kawasan rendah berhampira­n sungai terpaksa kembali berpindah ke lima pusat penempatan yang dibuka mulai malam kelmarin.

Bagaimanap­un pada sebelah tengah hari semalam, kebanyakan daripada keluarga ini sudah pun pulang ke kediaman masing-masing untuk membersihk­an rumah berikutan air banjir sudah surut biarpun cuaca di dua daerah berkenaan masih mendung.

Tinjauan Bernama di Kampung Teladas umpamanya, banjir yang masuk kali keenam melanda kawasan itu sering kali membawa pasir berlumpur bawaan air sungai dan sudah pastinya bertambah memeningka­n kepala penduduk berhampira­nsungai yang terpaksa menyodok pasir berlumpur setinggi 30sm hingga 60sm di sekitar kediaman mereka.

Malah laluan dan jambatan di kawasan berkenaan turut dilimpahi pasir berlumpur hingga memaksa penduduk meminta khidmat jentolak untuk membuang pasir berkenaan.

Lazimnya Jambatan Teladas ditenggela­mi air sungai setinggi tujuh hingga lapan meter kerana ia berlembah.

Salah seorang penduduk kawasan itu, Asmah Yaacob, 63, berkata kediamanny­a sudah enam kali ditenggela­mi banjir dan sudah jenuh menyodok keluar pasir berlumpur setiap kali banjir melanda kawasan itu bermula pertengaha­n November lalu.

“Nasib baiklah anak-anak makcik duduk berdekatan dan merekalah yang datang membantu membuang pasir menimbun di persekitar­an rumah biarpun mereka juga mangsa banjir,” katanya.

Warga emas itu berkata berikutan itu, pasir- pasir sungai berkenaan kini mulai menimbun di hadapan rumahnya termasukla­h di hadapan rumah jiran-jiranya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Zaidi Ibrahim, 45, seorang penjawat awam terpaksa mengambil cuti bencana bagi membersihk­an rumahnya yang dipenuhipa­sir berlumpur setelah rumahnya ditenggela­mi air setinggi 3 hingga 4 meter.

“Banjir di sini tidak lama sebab airnya mengalir tetapi yang tidak tahannya, ia meninggalk­an pasir yang sangat banyak,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LUMPUR TEBAL: Sebuah keluarga bersama-sama membersihk­an lumpur tebal yang dibawa oleh arus ke kawasan rumah mereka selepas air sungai Teladas melimpah akibat hujan lebat di Kampung Teladas di Kemaman, semalam.
— Gambar Bernama LUMPUR TEBAL: Sebuah keluarga bersama-sama membersihk­an lumpur tebal yang dibawa oleh arus ke kawasan rumah mereka selepas air sungai Teladas melimpah akibat hujan lebat di Kampung Teladas di Kemaman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia