Utusan Borneo (Sarawak)

Atletico Madrid tekad terus mencabar Barca

-

p a n . S a y a gembira dengan Messi dan Suarez juga. Sekarang kami perlu melakukan aksi yang sama menentang Atletico Ahad ini.”

Messi dan Neymar adalah antara lapan pertukaran dibuat oleh jurulatih Luis Enrique dari skuad yang tewas mengejut 0-1 di Real Sociedad Ahad lepas.

Kedua- dua pemain dari Amerika Selatan itu ber-

Dani Alves juga hampir membuka jaringan lebih awal buat Barca tetapi rembatanny­a tinggi melambung.

Nama Messi dinyanyika­n penonton di Nou Camp kedua dengan Barca menambah dua lagi gol apabila Alba menyempurn­akan umpanan Messi sebelum Neymar menjaringk­an gol kedua peribadi. — AFP MADRID, Sepanyol: Tahun Baharu Barcelona bermula dengan mengecewak­an dan semuanya mungkin menjadi lebih buruk Ahad ini sekiranya gagal menewaskan Atletico Madrid di Nou Camp dalam aksi La Liga Sepanyol.

Kekalahan mengejut 0-1 kepada Real Sociedad minggu lepas berlaku selepas jurulatihn­ya, Luis Enrique meletakkan pemain bintang seperti Lionel Messi dan Neymar di bangku simpanan, menyebabka­n Barca kini terikat mata dengan Atletico dan satu mata di belakang pendahulu liga, Real Madrid, yang kurang satu perlawanan.

Masalah di Nou Camp bermula dengan pemecatan pengarah sukannya, Andoni Zubizarret­a pada hari Isnin, dengan penolong beliau yang juga bekas kapten Barca, Carles Puyol meletak jawatan dan Messi tidak menghadiri sesi latihan terbuka kelab di hadapan penyokong.

Messi membangkit­kan spekulasi perpindaha­n selepas mengikuti laman sosial Instagram beberapa pemain dan juga kelab Chelsea selain dakwaan perhubunga­n beliau dengan jurulatih kelab, Enrique retak.

Rabu lepas, Presiden Kelab, Jose Maria Bartomeu merancang satu pilihan raya presiden kelab lebih awal pada akhir musim ini, sebagai reaksi kepada tekanan yang semakin membebanka­n ke atas kedudukann­ya sementara menegaskan Messi, yang mempunyai kontrak di kelab sehingga 2018, akan terus kekal di kelab.

Dengan situasi semasa itu, Atletico mungkin lawan paling akhir yang mahu dihadapi oleh Barca hujung minggu ini dengan kelab itu mengharung­i satu gelombang keyakinan baharu dengan kepulangan bekas ‘anak emas’ mereka, Fernando Torres dan memenangi perlawanan Copa del Rey menentang Real Madrid Rabu lepas.

Torres tidak memberikan banyak sumbangan pada penampilan sulungnya sejak kembali ke Atletico tetapi merasai kemenangan yang pertama ke atas Real Madrid sebagai pemain Atletico hasil gol Raul Garcia dan Jose Maria Gimenez.

Keputusan itu lebih memberangs­angkan kerana jurulatih Atletico, Diego Simeone, melakukan tujuh pertukaran ke dalam skuadnya dan Torres dijangka akan bermula di bangku simpanan dengan Mario Mandzukic, Koke, Arda Turan, Juanfran dan Miguel Angel Moya dijangka kembali ke kesebelasa­n utama.

Sebelum perlawanan itu, Real Madrid boleh menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan empat mata di singahsana liga sekiranya menewaskan Espanyol pada perlawanan di Santiago Bernabeu hari ini.

Real juga memulakan tahun ini dengan hambar apabila mengalami dua kekalahan berturut-turut, kepada Valencia dan Atletico selepas mengharung­i 22 perlawanan berturut-turut dengan kemenangan.

“Saya fikir menganggap ia satu krisis adalah keterlalua­n tetapi ia jelas kami tidak gembira dengan kekalahan ini,” kata Ancelotti selepas kekalahan di Atletico pada pertengaha­n minggu.

“Kami tewas dan kami perlu kembali mencipta kemenangan dengan segera.”

Cristiano Ronaldo hanya diturunkan dalam separuh masa kedua menentang Atletico dan dijangka akan kembali dalam kesebelasa­n utama.

Kemenangan Valencia ke atas Madrid minggu lepas melonjakka­n mereka ke tangga keempat dan boleh merapatkan kedudukan dengan kurang satu mata di belakang Barca dan Atletico sekiranya menewaskan Celta Vigo pada hari ini.

Sejak mengejutka­n Barca di Nou Camp pada awal bulan November, Celta hanya mengutip satu mata dan gagal menjaringk­an sebarang gol dari tujuh perlawanan liga terakhir.

Real Sociedad akan cuba meneruskan kebangkita­n mereka apabila bertandang ke Granada pada perlawanan hari Ahad.

Sociedad ketika ini berada di tangga ke-13 tetapi sudah mengumpul separuh mata setakat ini dengan menewaskan Atletico, Real Madrid dan Barcelona. — AFP

Saya gembira dengan perlawanan yang saya dan pasukan harungi. Kami mengambil satu langkah besar ke hadapan. Saya gembira dengan Messi dan Suarez juga. Sekarang kami perlu melakukan aksi yang sama menentang

” Atletico Ahad ini. Neymar Penyerang Barca

 ??  ?? ROONEY
ROONEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia