Utusan Borneo (Sarawak)

Toure raih Pemain Terbaik Afrika ke-4

-

LAGOS, Nigeria: Pemain tengah kelab Manchester City dan skuad kebangsaan Ivory Coast, Yaya Toure, menjadi pemain pertama yang memenangi anugerah Pemain Terbaik Afrika buat kali keempat berturut-turut Khamis lepas.

Pemain berusia 31 tahun itu menewaskan Penyerang kelab Borussia Dortmund dan pasukan kebangsaan Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang dan penjaga gol Nigeria, Vincent Enyeama, yang beraksi untuk kelab Lille di Perancis.

Toure menyamai rekod penyerang Cameroon, Samuel Eto’o dengan memenangi gelaran ini sebanyak empat kali tetapi beliau adalah pemain pertama memenangin­ya sebanyak empat kali berturuttu­rut.

Toure, yang kali pertama memenangi anugerah ini pada 2011, membantu Manchester City memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lepas dan juga membantu Ivory Coast ke Piala Dunia 2014 di Brazil.

Jurulatih kebangsaan dan pengarah teknikal 54 anggota Gabungan Bola Sepak Afrika (CAF), membuat pemilihan pemenang.

Ndombe Mubele, yang menjaringk­an enam gol ketika AS Vita dari Republik Demokratik Kongo (DRC) melangkah ke final Liga JuaraJuara Afrika, dipilih sebagai pemain tempatan terbaik di Afrika.

Asisat Oshoala dari Nigeria, menewaskan rakan senegarany­a, Desire Oparanozie dan penjaga gol Cameroon, Annette Ngom Ndom dimahkotak­an Pemain Terbaik Wanita. Beliau juga memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik.

Oshoala, 20, yang dipilih Pemain Paling Berharga (MVP) dan penjaring terbanyak pertanding­an Piala Dunia FIFA Bawah 20 Tahun 2012 di Kanada, menyertai bekas bintang Nigeria, Mercy Akide dan Perpetua Nkwocha yang pernah memenangi anugerah ini.

Algeria memenangi pasukan terbaik Afrika selepas mara ke pusingan kedua Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Bagaimanap­un, jurulatih Nigeria, Vahid Halilhodzi­c, tewas kepada Kheireddin­e Madoui untuk anugerah Jurulatih Terbaik, selepas membimbing kelab ES Setif dari Algeria memenangi Liga Juara-Juara Afrika.

Setif juga menewaskan kelab Mesir, Al Ahly sebagai Kelab Terbaik.

 ?? — Gambar AFP ?? DETIK MANIS: Toure menunjukka­n trofi Pemain Terbaik Afrika yang dimenangin­ya pada upacara penyampaia­n CAF di Lagos.
— Gambar AFP DETIK MANIS: Toure menunjukka­n trofi Pemain Terbaik Afrika yang dimenangin­ya pada upacara penyampaia­n CAF di Lagos.
 ?? — Gambar AFP ?? JANGAN PANDANG RENDAH: Penyerang wanita Nigeria Oshoala memenangi trofi Pemain Wanita Terbaik Afrika pada upacara itu di Lagos.
— Gambar AFP JANGAN PANDANG RENDAH: Penyerang wanita Nigeria Oshoala memenangi trofi Pemain Wanita Terbaik Afrika pada upacara itu di Lagos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia