Utusan Borneo (Sarawak)

Rooney pilihan Pemain Terbaik England 2014

-

LONDON, England: Kapten England, Wayne Rooney, dipilih sebagai Pemain Kebangsaan Terbaik 2014 selepas mendahului satu tinjauan oleh penyokong pasukan.

Walaupun beliau gagal membantu England menyerlah di Piala Dunia 2014, ia masih merupakan satu tahun memberangs­angkan buat penyerang kelab Manchester United itu.

Penyerang berusia 29 tahun itu menjaringk­an lapan gol dari 13 penampilan dan dinamakan kapten England selepas Steven Gerrard bersara dari bola sepak antarabang­sa.

Rooney juga kurang tiga gol dari rekod jaringan gol sepanjang zaman yang dipegang Bobby Charlton.

Rooney menerima 27 peratus undian atas talian dari penyokong kelab, lebih dari pemain di tempat kedua, Danny Welbeck (11 peratus) dan Raheem Sterling (tujuh peratus).

“Saya sangat gembira dan bangga untuk dinamakan Pemain Terbaik England oleh penyokong untuk tahun 2014,” kata Rooney ketika memberitah­u laman sesawang rasmi Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris selepas menerima anugerah itu buat kali ketiga.

“Hakikat di mana anugerah ini dipilih untuk penyokong menjadikan ia lebih istimewa, jadi saya mahu berterima kasih kepada semua yang mengundi.

“Saya juga mahu berterima kasih kepada semua penyokong England di atas sokongan mereka sepanjang tahun yang turun naik ini.

“Menerima anugerah seperti ini dari penyokong adalah sesuatu yang sentiasa membanggak­an diri anda.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia