Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada sebarang krisis yang berlaku di Juve: Marchisio

-

MILAN, Itali: Pemain tengah Juventus, Claudio Marchisio menepis tanggapan berlaku satu krisis dalam pasukannya dan menegaskan semangat pasukan juara bertahan Serie A Itali itu tetap membara apabila bertandang ke Napoli untuk memburu kemenangan pertama mereka pada tahun ini pada perlawanan Ahad ini.

Juventus menyaksika­n kelebihan mata mereka di tangga teratas liga dikurangka­n kepada satu mata Selasa lepas apabila Mauro Icardi menjaringk­an gol penyamaan lewat buat Inter Milan selepas Carlos Tevez membuka jaringan seawal minit kelima di Turin.

Roma akan melonjak ke tangga teratas jika menewaskan Lazio pada perlawanan awal hari Ahad, sekali gus memberikan tekanan ke atas Juventus, yang tewas kepada Napoli pada perlawanan Piala Super Itali di Doha untuk perlawanan terakhir mereka tahun lepas.

Tetapi selepas mara ke pusingan kedua Liga Juara-Juara, Marchisio sudah memberikan satu perspektif baharu.

“Mungkin kami boleh mengharung­i beberapa perlawanan dengan lebih baik tetapi spekulasi tentang masalah fizikal dan psikologi dalam pasukan adalah tidak benar sama sekali,” kata beliau ketika memberitah­u Sky Sport Khamis lepas.

“Sentiasa ada tempoh turun naik dalam satu musim tetapi apabila anda berdepan dengan pasukan seperti Napoli, anda pastinya berasa sangat bersemanga­t sekali.”

Napoli mengalu-alukan skuad kendalian Massimilia­no Allegri, dan mahu mengekori jejak Genoa, satu-satu pasukan yang menewaskan Juventus musim ini apabila menang 1-0 di Stadium Luigi Ferraris pada bulan Oktober lepas.

Tetapi Marchisio mengakui pertemuan menentang Napoli di San Paolo pastinya sukar: “Mereka adalah pasukan yang hebat tetapi kami mahu menafikan sebarang kejutan dan memastikan kami pulang dengan kemenangan.”

Ketika memberikan pasukan dari Itali, terutama sekali Inter, mahu memperkuat­kan skuad untuk separuh kedua musim, Roma kelihatan tidak melepaskan mana-mana pemain.

Pemain tengah, Kevin Strootman, yang baharu pulih dari kecederaan jangka panjang, sudah menarik minat kelab Manchester United tetapi tidak menolak sebarang kemungkina­n perpindaha­n.

“Saya mahu kembali bermain seperti biasa dan mengembali­kan tahap kecergasan saya. Saya menandatan­gani kontrak lima tahun di sini dan saya baharu bermain enam atau tujuh bulan,” kata Strootman.

“Saya mahu membantu skuad, ia adalah penting bagi saya. Saya tidak mahu bercakap tentang kelab lain.”

Dengan Lazio di tangga ketiga, sembilan mata di belakang Roma, kemenangan sudah tentu sesuatu yang amat diharapkan untuk merapatkan kedudukan dan menambah lagi saingan buruan slot tangga ketiga liga, kelayakan terakhir ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Inter menanti kunjungan Genoa dengan harapan untuk meneruskan keputusan memberangs­angkan di Turin pada pertengaha­n minggu.

Kelab jiran, AC Milan, akan bertandang ke Torino pada perlawanan lewat hari ini dengan harapan untuk merapatkan jurang ketinggala­n lima mata di belakang Lazio dan Napoli. — AFP

 ??  ?? REMY
REMY
 ??  ?? MARCHISIO
MARCHISIO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia