Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea pasti kembali ke landasan kejuaraan

-

LONDON, England: Loic Remy menegaskan Chelsea tetap berada di landasan untuk menyapu bersih semua kejuaraan musim ini walaupun mengharung­i kempen hambar dalam tempoh perayaan Krismas dan Tahun Baharu.

Skuad kendalian Jose Mourinho membenarka­n Manchester City - yang pernah ketinggala­n lapan mata di belakang Chelsea sebelum ini – mengikat kedudukan untuk berkongsi tangga teratas liga tetapi Chelsea kekal di tangga teratas mengikut abjad selepas kedua-dua pasukan terikat jumlah gol dan bolos yang sama.

Chelsea seri di Southampto­n dan kemudian tewas 3-5 di Tottenham Hotspur dengan kemenangan 3-0 ke atas Watford dalam aksi Piala FA mengembali­kan keyakinan pasukan tetapi memerlukan gol Diego Costa dan Willian dalam separuh masa kedua.

Dengan pengulas bola sepak mula mencadangk­an Chelsea mula hilang rentak dalam usaha memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala Liga, Remy membalas kritikan itu menjelang perlawanan menentang Newcastle United di Stamford Bridge hari ini.

“Suasananya benar-benar positif. Kami masih memberikan sasaran ke atas semua pertanding­an. Semua pasukan akan m e m p u n y a i masalah seperti ini dalam satu musim dan saya berharap kami sudah melupakan apa yang berlaku dari dua perlawanan (liga) sebelum ini,” kata Remy ketika memberitah­u Standard Sport.

“Tiada sebarang masalah dalam pasukan, pemain masih gembira di pusat latihan. Kami telah menunjukka­n kepada semua orang di mana kami boleh bangkit dari dua keputusan buruk.

“Adakah keyakinan kami terjejas dengan apa yang berlaku di Tottenham? Tidak. Kami masih di tangga teratas liga.”

James Milner mencabar pasukannya, Manchester City untuk mengambil sepenuh peluang untuk mengekalka­n saingan kejuaraan liga apabila menentang Everton, juga pada hari ini.

Skuad kendalian Manuel Pellegrini mengharung­i 13 perlawanan terakhir tanpa kalah dalam semua pertanding­an.

Dan Milner melihat tiada sebarang sebab kenapa rentak cemerlang pasukannya tidak dapat dikekalkan, bermula dengan perlawanan di Goodison Park.

“Saya berharap kami semua boleh menjarakka­n kedudukan,” kata Milner.

“Anda melihat tempoh cemerlang kami dan orang memikirkan ia adalah lebih sukar berbanding perlawanan selepas Krismas tetapi ia satu pepatah lama dalam Liga Perdana – ada pasukan yang beraksi dengan baik dan ada yang tidak. Semua perlawanan adalah sukar.

“Apa yang boleh kami lakukan ialah memberikan perhatian kepada perlawanan kami dan jika kami boleh mendapatka­n keputusan yang kami ma- hukan, semuanya bergantung kepada bagaimana pencapaian Chelsea.”

Pada perlawanan hari Ahad, Manchester United melayani Southampto­n pada satu perlawanan untuk saingan empat tempat teratas liga.

United ketika ini di tangga ketiga, satu mata di hadapan Southampto­n yang berada di belakangny­a dan dua mata di hadapan Tottenham Hotspur, yang akan berkunjung ke Crystal Palace pada hari ini.

Perlawanan di antara Spurs dan Palace di Selhurst Park akan merupakan perlawanan pertama pengurus baharu Palace, Alan Pardew di tempat sendiri sejak perpindaha­n mengejut dari Newcastle United.

Pada perlawan a n lain, Liverpool akan berkunjung ke Sunderland, Leicester City menanti Aston Villa, Swansea City menentang West Ham United dan West Bromwich Albion menentang Hull City pada perlawanan hari ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia