Utusan Borneo (Sarawak)

Chong Wei beri sokongan

Saksikan kejohanan badminton Yonex Sunrise Malaysia Masters 2015

-

Kami telah dimaklumka­n oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bahawa lawatan Chong Wei ke sini adalah untuk memberi sokongan kepada rakanrakan sepasukan tetapi malangnya beliau dijangka kembali pada Sabtu dan tidak

” hadir pada aksi peringkat akhir. Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir Setiausaha Kehormat SBA

KUCHING: Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan berada di Kuching pada 15 Januari ini untuk menyaksika­n kejohanan badminton Yonex Sunrise Malaysia Masters 2015 di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak, Petra Jaya pada 13 hingga 18 Januari ini.

Persatuan Badminton Sarawak ( SBA) semalam mengesahka­n kehadiran pemain nombor satu negara itu bagi memberikan sokongan moral kepada rakan sepasukann­ya yang bakal berentap pada kejohanan selama enam hari itu.

Setiausaha Kehormat SBA, Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir mengesahka­n bahawa Chong Wei akan datang ke Kuching dan berharap pemain nombor satu dunia itu dapat hadir untuk menyaksika­n perlawanan akhir.

“Kami telah dimaklumka­n oleh Persatuan Badminton Malaysia ( BAM) bahawa lawatan Chong Wei ke sini adalah untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan sepasukan tetapi malangnya beliau dijangka kembali pada Sabtu dan tidak hadir pada aksi peringkat akhir,” katanya di sini semalam.

Menurut Abdul Hadi, SBA akan cuba memujuk Chong Wei untuk berada di sini lebih lama dan turut menyaksika­n perlawanan akhir yang dijangka akan dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang menyatakan minat menonton pemain bertaraf dunia beraksi dalam acara kemuncak.

“Ini akan menjadi lebih bermakna jika Chong Wei boleh hadir bersama kita untuk menonton siapakah bakal menjadi juara kerana kali terakhir beliau bersaing di sini adalah pada 2006 di mana juara dari China, Lin Dan telah ditewaskan,” kata Hadi mengimbau kenangan perlawanan akhir yang menarik antara Chong Wei dan Lin Dan pada kejohanan badmin- ton Proton Terbuka Malaysia di sini pada Jun 2006.

Sementara itu, persiapan akhir bagi kejohanan yang akan datang dijangka siap pada Ahad ini dan kerjakerja menaik taraf kemudahan lampu yang sedia ada telah pun dilaksanak­an mengikut jadual.

“Semua persiapan perlu disiapkan selewat-lewatnya pada Ahad ini, kerana kami menjangkak­an para pemain mula datang termasuk pasukan kebangsaan akan tiba dalam satu kumpulan,” katanya.

Abdul Hadi turut melahirkan penghargaa­n kepada ahli-ahli Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri Menteri Sarawak ( SABATI) yang diketuai Presidenny­a, Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu kerana menunjukka­n minat menghadiri perlawanan berprestij itu.

 ?? — Gambar Bernama ?? GEMBIRA: Pasukan Malaysia bergambar kenangan selepas menjalani sesi latihan terakhir menjelang final Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Rajamangal­a, Thailand.
— Gambar Bernama GEMBIRA: Pasukan Malaysia bergambar kenangan selepas menjalani sesi latihan terakhir menjelang final Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Rajamangal­a, Thailand.
 ??  ?? CHONG WEI
CHONG WEI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia