Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad futsal lelaki azam menghadiah­kan pingat

-

KUCHING: Skuad futsal lelaki berazam menghadiah­kan pingat untuk kontinjen Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2015 di Kuala Lumpur seperti yang pernah dilakarkan pada 2011 dengan menggondol pingat gangsa.

Bagi mencapai impian tersebut, Sarawak memastikan hanya pemain- pemain terbaik dipilih bagi membentuk skuad mantap dan mampu memberikan cabaran pada temasya berprestij itu.

Koordinato­r Futsal Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS), Mohamad Mantali berkata proses mengenal pasti skuad bayangan kini berjalan dengan lancar dan telah pun memasuki fasa terakhir.

“Majoriti pemain-pemain kita pilih pada Kejohanan Futsal Piala Sarawak KPS di Sarikei tahun lalu,” katanya di sini semalam.

Bagaimanap­un, skuad itu masih belum lengkap kerana masih dalam proses mencari pemain-pemain lain berpotensi dengan memantau kejohanan yang berlangsun­g sekitar bandar raya ini termasuk di bahagian lain.

Menurut Mohamad, pihaknya belum dapat memberi gambaran lokasi untuk sesi latihan penuh bagi pemain- pemain yang terpilih mewakili skuad futsal Sarawak.

SUKMA 2015 yang belum diketahui tarikh rasminya bakal menyaksika­n Sarawak bersaing dalam 12 daripada 22 acara sukan yang dipertandi­ngkan.

Acara sukan yang disertai kontinjen Sarawak ialah lawan pedang, kayak, judo, muaythai, bina badan, bola tampar pantai ( lelaki dan wanita), kriket, kabaddi, futsal lelaki, polo air lelaki, sofbol (wanita) dan bola baling (lelaki dan wanita).

Manakala acara yang tidak disertai ialah equestrian, renang berirama, silambam, woodball, gimrama, bola keranjang, basikal trek, bola jaring, ragbi dan pingpong.

 ??  ?? MOHAMAD MANTALI
MOHAMAD MANTALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia