Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah damba ungguli Liga Perdana 2015

-

KOTA KINABALU: Pasukan bola sepak Sabah yakin menduduki tangga teratas Liga Perdana musim baharu bagi membolehka­n mereka melayakkan diri pada Liga Super tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri TC Goh melahirkan keyakinan itu berdasarka­n latihan dan penyertaan skuad badak itu dalam beberapa perlawanan persahabat­an di dalam dan luar negeri, termasuk Pertanding­an Bola Sepak Antarabang­sa Asia di Yunnan, China bulan lalu.

“Kita yakin skuad badak akan mengembali­kan kegemilang­an pasukan bola sepak Sabah seperti yang pernah dikecapi suatu masa dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu program saluran TVi ‘Kami Bah Ini’ di

Kompleks Bersepadu Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Sabah di sini kelmarin.

Kali terakhir Sabah beraksi dalam Liga Super ialah pada 2012.

Goh berkata sokongan dan kerjasama daripada peminat bola sepak juga penting dalam menyuntik semangat kepada barisan pemain bola sepak negeri apabila Liga Perdana dijadualka­n membuka tirai bulan depan.

Beliau berkata dengan kehadiran beberapa pemain baharu antaranya bekas penyerang Liverpool yang berasal dari Senegal iaitu El Hadji Diouf diharap dapat membawa Sabah ke peringkat lebih tinggi kali ini.

Sementara itu, Diouf berkata kehadirann­ya dalam skuad badak itu juga adalah untuk membantu meningkatk­an prestasi sukan bola sepak di negeri ini dan di Malaysia amnya.

Katanya, sebagai langkah permulaan beliau akan mempelajar­i bahasa Melayu bagi memudahkan komunikasi.

“Perlu bagi saya untuk mempelajar­i bahasa kerana saya kini bukan lagi bermain di peringkat dunia dan memang ada perbezaann­ya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia