Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad bola baling terkuat bakal hadapi cabaran SUKMA 2015

-

KUCHING: Persatuan Bola Baling Sarawak (Saha) akan menghantar skuad terkuat bagi membawa cabaran negeri pada Sukan Malaysia ( SUKMA) 2015 di Kuala Lumpur nanti.

Setiausaha Kehormat Saha, Abang Ismail Abang Julhi berkata ketika ini pihaknya telah mengenal pasti skuad bayangan terdiri daripada 14 atlet lelaki dan 14 wanita.

“Kita akan memulakan kem latihan pada 20 Januari ini di Sports Planet Kuching,” katanya di sini semalam.

Latihan dibahagi kepada dua sesi iaitu jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan jam 3 hingga 5 petang setiap Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat dan Sabtu.

Menurutnya, skuad bayangan itu akan menjalani latihan selama tiga hingga empat bulan bagi memastikan mereka benar-benar bersedia untuk berdepan cabaran sebenar di Kuala Lumpur nanti.

“Ini kerana hampir keseluruha­n pemain mewakili skuad bola baling Sarawak kali ini adalah muka baharu.

Selain latihan di sini, kita juga bercadang untuk menyertai Kejohanan Terbuka di Perlis pada Mei depan sebagai pendedahan terakhir,” tambah Abang Ismail.

Katanya, ini termasuk perlawanan persahabat­an dengan Brunei Darussalam yang dicadang pada Mac depan di sini.

Menurut Abang Ismail, Saha mensasarka­n skuad lelaki ke peringkat suku akhir manakala separuh akhir bagi skuad wanita.

Dalam perkembang­an lain, Abang Ismail memberitah­u Saha menganjurk­an Kejohanan Bola Baling Terbuka Sarawak bagi merebut Piala Pusingan Datuk Amar Abang Johari ke- 10 ( lelaki) dan Piala Pusingan Datuk Abdul Rahman Junaidi kelima (wanita).

Kejohanan berprestij itu akan berlangsun­g dari 16 hingga 19 Mac 2015 di Sports Planet Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia