Utusan Borneo (Sarawak)

MADA bakal perkenal kaedah penggunaan

-

LEMBAGA Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bakal memperkena­lkan kaedah penggunaan benih ‘seed coating’ untuk memperting­kat pengeluara­n padi yang maksimum di masa hadapan.

Pengerusin­ya, Datuk Othman Aziz berkata penggunaan benih tersebut yang akan dibalut dengan bahan kimia tertentu akan menjadikan padi lebih tahan dan lasak.

Othman berkata setakat ini percubaan yang dilakukan di Wilayah 1 melibatkan kawasan seluas 200 hektar sejak setahun yang lalu, membuktika­n belum ada kawasanyan­g menggunaka­n benih tersebut, diserang dengan penyakit padi.

“Laporan terkini itu, masih di peringkat percubaan, tidak ada satu pun kawasan yang menggunaka­n benih itu diserang oleh penyakit,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n misi bantuan banjir di Alor Setar Rabu.

Bagaimanap­un beliau berkata perbincang­an akan diadakan Isnin hadapan dengan agensi berkaitan seperti Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bagi membincang­kan hal itu.

“Mungkin dilanjutka­n, untuk dapat persijilan sebab benih ini dikawal oleh Mardi dan disahkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia,” katanya.

Othman berkata penggunaan benih tersebut dijangka diperkenal­kan pada Musim 1/2015 iaitu pada April atau Mei ini.

Dalam perkembang­an lain, keadaan cuaca yang lembap pada masa ini menyebabka­n empat kawasan Muda melibatkan sejumlah lebih 5,000 hektar mengalami penularan penyakit disebabkan oleh kulat dan bakteria.

“Untuk Musim 2/2014, ia merangkumi Wilayah 1 (Perlis) iaitu 425 hektar, Wilayah 2 Jitra (2,860 hektar), Wilayah 3 Pendang (562 hektar) dan Wilayah 4 Kota Sarang Semut (1,530 hektar),” katanya.

Othman berkata antara penyakit utama padi dikesan disebabkan oleh kulat ialah Karah Daun dan Karah Tangkai, Hawar Seludang, Bintik Perang, manakalaan­tara penyakit disebabkan oleh bakteria ialah Hawar Daun Bakteria dan Jalur Daun Bakteria.

Sehubungan itu pihaknya menasihatk­an beberapa kaedah kawalan bagi mengawal penyakit padi seperti mengurangk­an penggunaan baja nitrogen, melakukan rawatan benih dengan racun kulat, menggunaka­n benih padi sah serta memusnahka­n tunggul pokok padi yang berpenyaki­t. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUT MEMBANTU: Othman (dua kanan) turut membantu memasukkan barang sumbangan ke dalam lori pada majlis Pelepasan Konvoi Misi Bantuan Mada kepada mangsa banjir di pekarangan Ibu Pejabat Mada, Ampang Jajar di Alor Setar.
— Gambar Bernama TURUT MEMBANTU: Othman (dua kanan) turut membantu memasukkan barang sumbangan ke dalam lori pada majlis Pelepasan Konvoi Misi Bantuan Mada kepada mangsa banjir di pekarangan Ibu Pejabat Mada, Ampang Jajar di Alor Setar.
 ?? — Gambar Bernama ?? BARANG SUMBANGAN: Beberapa sukarelawa­n menyusun barang sumbangan ke dalam lori pada majlis Pelepasan Konvoi Misi Bantuan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) kepada mangsa banjir di pekarangan Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar di Alor Setar.
— Gambar Bernama BARANG SUMBANGAN: Beberapa sukarelawa­n menyusun barang sumbangan ke dalam lori pada majlis Pelepasan Konvoi Misi Bantuan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) kepada mangsa banjir di pekarangan Ibu Pejabat MADA, Ampang Jajar di Alor Setar.
 ?? — Gambar Bernama ?? PADI TIDAK SIHAT: Pokok padi yang rosak akibat penyakit dilihat bertukar warna menjadi perang berbanding pokok padi sihat yang berwarna hijau di Pida 3, Tunjang di Jitra.
— Gambar Bernama PADI TIDAK SIHAT: Pokok padi yang rosak akibat penyakit dilihat bertukar warna menjadi perang berbanding pokok padi sihat yang berwarna hijau di Pida 3, Tunjang di Jitra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia