Utusan Borneo (Sarawak)

Hasil padi Kedah dan Perlis dijangka menurun akibat penyakit

-

HASIL padi pesawah di Kedah dan Perlis dijangka menurun kepada 0.8 tan bagi setiap 0.28 hektar pada musim 2/2014 berikutan pelbagai penyakit yang merosakkan padi.

Naib Presiden Kelab Usahawan Tani Malaysia Md Nor Hamzah berkata penurunan disebabkan penularan penyakit Hawar Daun Bakteria (BLB), Jalur Daun Bakteria (BLS) dan Karah akibat penggunaan benih padi yang kurang daya tahan penyakit.

Beliau mendakwa benih padi seperti MR220 CL2 tidak lagi kebal dan mahukan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mencari benih padi baharu.

“Musim lepas, rata-rata petani memperoleh hasil sekitar 2.5 tan bagi 0.28 hektar dan disebabkan penyakit seperti BLB, BLS dan Karah kita jangkakan 80 peratus hasil padi petani akan merosot,” katanya kepada pemberita di Pida 3, Tunjang baru-baru ini.

Beliau turut mencadangk­an Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani mengimport benih padi berkualiti tinggi dari negara seperti India dan Indonesia yang dikatakan mempunyai ketahanan tinggi rintangan penyakit.

Md Nor berkata dengan adanya benih padi import berkualiti tinggi, ia mampu meningkatk­an pendapatan pesawah terutamany­a di Kedah dan Perlis yang rata-ratanya bergantung kepada hasil penanaman padi.

Beliau mendakwa penggunaan benih padi yang tidak disahkan MARDI dan MADA juga antara punca kepada penularan penyakit tersebut dan perlu dibendung agar penggunaan padi tidak sah itu tidak berpanjang­an.

“MADA perlu lakukan penguatkua­saan bagi membantera­s penjualan benih padi tidak sah. Mereka perlu turun padang bagi membantera­s kegiatan penjualan benih yang tidak sah walaupun ia popular dan dianggap lebih berkualiti dari benih sah,” dakwanya.

Md Nor juga meminta kementeria­n mengkaji semula harga benih padi sah agar tidak membebanka­n pesawah yang kini dijual pada harga runcit antara RM110 dan RM120 sekampit (20kg).

Dakwanya benih padi tersebut kosnya sekitar RM30 sahaja dan kerajaan perlu memastikan peruncit menjual pada harga yang sepatutnya agar tidak membebanka­n petani.

Sementara itu Ketua Cawangan Operasi Pengembang­an MADA, Nik Fazlina Nik Ahmad berkata sehingga 31 Dis lepas sebanyak 231.6 hektar sawah padi kawasan Mada yang terlibat dengan penyakit BLB manakala 105.40 hektar terlibat dengan penyakit BLS.

Katanya bagi penyakit Karah Daun sebanyak 272.99 hektar sawah padi terlibat dan Karah Tangkai pula melibatkan 121 hektar sawah padi.

“Setakat ini kita tidak dapat maklumat berkaitan kerugian pesawah atau penurunan hasil padi dalam kawasan Mada sebab hanya satu kawasan dalam daerah Yan baru memulakan proses tuaian padi,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TANAMAN MEROSOT: Hasil padi di Kedah dan Perlis dijangka merosot kepada sekitar 0.8 tan bagi setiap 0.28 hektar pada musim 2/2014 berikutan pelbagai penyakit Hawar Daun Bakteria (BLB), Jalur Daun Bakteria (BLS) dan Karah yang menular pantas disebabkan...
— Gambar Bernama TANAMAN MEROSOT: Hasil padi di Kedah dan Perlis dijangka merosot kepada sekitar 0.8 tan bagi setiap 0.28 hektar pada musim 2/2014 berikutan pelbagai penyakit Hawar Daun Bakteria (BLB), Jalur Daun Bakteria (BLS) dan Karah yang menular pantas disebabkan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia