Utusan Borneo (Sarawak)

Ketuai penyelaras­an bantuan pasca banjir

-

KEMENTERIA­N Pertanian dan Industri Asas Tani mengetuai usaha penyelaras­an bantuan pasca banjir di Pahang, dengan disokong lima lagi kementeria­n, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kementeria­nnya menubuhkan jawatankua­sa penyelaras­an pascabanji­r Pahang baru-baru ini yang melibatkan lima kementeria­n terbabit susulan keputusan Mesyuarat Khas Pengurusan Krisis Banjir yang dipengerus­ikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

“Dua fokus utama yang akan diberikan perhatian iaitu operasi pembersiha­n di kawasan banjir dan keperluan mangsa banjir selepas pulang ke rumah masing masing,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Penyelaras­an Pasca Banjir Pahang di kementeria­nnya di Putrajaya Isnin lepas.

Beliau berkata konsep ‘daerah angkat’ dipraktikk­an iaitu Jerantut dan Kuantan di bawah Kementeria­n Pertahanan; Kementeria­n Kerja Raya (Temerloh); Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar (Kuala Lipis); Kementeria­n SumberManu­sia (Maran); Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (Pekan) dan Kementeria­n Pertanian dan Asas Tani (Bera).

Katanya pembahagia­n daerah kepada kementeria­n yang berlainan adalah bagi memastikan setiap kementeria­n dapat memberi lebih tumpuan kepada usaha pemulihan di sesebuah kawasan tersebut.

“Bagaimanap­un pegawai daerah masih lagi menjadi pengerusi jawatankua­sa bencana dan pascabanji­r dan apa yang akan dilakukan oleh wakil setiap kementeria­n adalah membantu di daerah yang dipertangg­ungjawabka­n.

“Fokus setiap kementeria­n juga tidak tertumpu kepada daerah tersebut sematamata tetapi akan terus bekerjasam­a di semua daerah yang terlibat dengan banjir,” katanya.

Ismail Sabri berkata tanggungja­wab setiap kementeria­n termasuk membeli peralatan untuk kerja pembersiha­n dan menyediaka­n keperluan asas kepada mangsa banjir untuk meneruskan kehidupan selepas musibah tersebut.

“Buat masa ini empat daerah telah memulakan kerja pembersiha­n iaitu di Bera, Jerantut, Kuala Lipis dan Temerloh kerana prosedur standard operasi kita ialah kerja pembersiha­n akan dimulakan sebaik mangsa banjir pulang ke rumah,” katanya.

Katanya konsep “negeri angkat” dipraktikk­an di negeri lain terjejas banjir seperti Kelantan yang dipertangg­ungjawabka­n di bawah Kementeria­n Pendidikan, Kementeria­n Dalam Negeri di Perak dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an di Johor.

Beliau juga meminta organisasi sukarelawa­n badan bukan kerajaan yang datang dari luar negeri terjejas banjir supaya melaporkan diri di setiap daerahsupa­ya kehadiran mereka direkodkan dan bantuan dapat disalurkan jika diperlukan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia