Utusan Borneo (Sarawak)

Ingin kuasai pasaran jus Taiwan

-

GERAI tepi jalan tumbuh seperti cendawan selepas hujan di serata wilayah separa tropika Taiwan bagi memuaskan ketaksuban pendudukny­a bagi jus yang diperah segar, dan pengeluar ‘smoothie’ Jamba juga inginkanny­a.

Pengeluar minuman kesihatan berpangkal­an di California, Amerika Syarikat itu menyasari untuk membuka cawangan sulungnya di Taipei seawal musim panas ini, menerokai pasaran gerai jus tempatan yang begitu berselerak dan subur sejak bertahun-tahun.

Pengguna lazimnya membelanja­kan kira-kira RM3 bagi setiap cawan plastik jus tembikai, dengan harga dua kali ganda bagi cita rasa lebih luar biasa seperti avokado atau koktel sayur-sayuran.

Justeru tidak pasti sejauh mana Jamba Juice, yang memfokus kepada ‘smoothie’ berkhasiat’, dapat menarik pelanggan setia gerai-gerai jus yang mudah ditemui di kaki lima dan tepi jalan yang sibuk dengan pejalan kaki.

“Kami masih meneliti bagaimana untuk mengubah resipi bagi memenuhi cita rasa penduduk Taiwan,” kata Jack Hsu dari Quan Hung Gourmet Company, rakan francais Jamba, ketika ditemui koresponde­n Michael Gold di Taipei, baru-baru ini.

Beliau menambah, jenama itu akan menyuntik tarikan mewah dalam pasaran namun belum dapat mengunjurk­an sasaran jualan setakat ini.

“Penduduk Taiwan sudah biasa dengan cita rasa tropika seperti betik, tetapi kami menganggar­kan kirakira 90 peratus resipi akan sama seperti asal,” tambah Hsu.

NOSTALGIA

Para penjaja bagaimanap­un tidak kisah dengan prospek kemasukan Jamba.

“Kami mempunyai gaya yang berlainan daripada mereka.

“Mereka mungkin lebih menyasari kelompok pelanggan pusat belibelah,” kata Karen Wu, 37, pemilik gerai jus Fruit Park di daerah sibuk Songshan di Taipei.

Fruit Park menjual sehingga 200 gelas jus sehari, khususnya apabila cuaca panas.

Lebih murah dan mudah bagi penjaja seperti Wu untuk membuka gerai, hanya memerlukan gerai dan mesin pengisar, selain bergantung kepada bekalan berterusan produk buah-buahan dan sayur-sayuran dari pasar berhampira­n.

“Fruit Park hanya diusahakan saya dan abang saya, jadi kami boleh terus bertahan,” tambah Wu.

Pelanggan kini mengingink­an lebih banyak pilihana berbanding beberapa tahun lalu berikutan kemunculan rangkaian restoran makanan segera dari Barat yang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia