Utusan Borneo (Sarawak)

Peminat piza berpeluang nikmati 16 jenis piza yang lazat

-

KUCHING: Tambahkan keriangan anda dengan tawaran hebat baharu yang ditawarkan Pizza Hut menerusi ‘Awesome! Tasty Deals-Promosi Gegar Rasa Gempak Harga’ bermula 5 hingga 27 Disember ini.

Promosi dua minggu itu memberi peluang kepada peminat setia mereka untuk menikmati kesemua 16 jenis piza yang lazat dari harga serendah RM5 setiap satu.

Pengurus Pemasaran QSR (Stores) Sdn Bhd Joey Siaw berkata, promosi Awesome! Tasty Deals-Promosi Gegar Rasa Gempak Harga hanya boleh didapati di mana-mana cawangan restoran Pizza Hut berdekatan untuk perhidmata­n ‘take away’ sahaja.

“Penggemar piza kini boleh memesan apa sahaja jenis piza yang kami ada menerusi promosi ini dari harga serendah RM5 bagi saiz piza personal, RM10 (saiz biasa) dan RM15 (saiz besar).

“Bagaimanap­un, ia hanya untuk tempahan take away bukan untuk perkhidmat­an ‘dine in’ mahupun khidmat penghantar­an,” katanya kepada pemberita ketika mempromosi Awesome! Tasty Deals-Promosi Gegar Rasa Gempak Harga, di cawangan restoranny­a yang terletak di Sarawak Plaza, semalam.

Tambahnya, Pizza Hut sentiasa komited menghasilk­an piza terbaik yang disukai ramai dengan harga yang berpatutan terutama untuk menarik lebih ramai pelanggan menjamu selera bersama seisi keluarga dan sahabat.

Promosi terhebat dari Pizza Hut itu merupakan julung kali diadakan bagi memberi peluang kepada penggemarn­ya untuk mencuba setiap jenis piza yang dibuat menggunaka­n bahan segar yang terbaik, di atas kerak kegemaran ramai iaitu Piza Pan dengan harga yang sungguh menakjubka­n.

Pelanggan boleh memilih daripada 16 jenis ‘topping’ lazat, topping kegemaran ramai, Hawaiian Chicken dan Blazing Seafood kepada ciptaan terbaharu seperti Meat Lovers Pesto dan banyak lagi.

Promosiini­pastimemua­skan selera selain menjimatka­n, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati penjimatan hebat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia